CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 0

Dipecat jika tidak tutup aurat

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode

FOTO FAIL REUTERS

Kabul: Wanita yang bekerja dengan kerajaan Taliban diwajibkan menutup aurat - walau dengan selimut jika perlu - atau mereka akan kehilangan pekerjaan.

Jabatan Amal Makruf Nahi Mungkar Taliban berkata, wanita tidak boleh keluar bekerja kecuali dengan menutup aurat, atau mereka boleh dipecat jika tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa Taliban mengeluarkan kenyataan itu kerana wanita di Afghanistan sentiasa menjaga aurat mereka di tempat awam, sekurang-kurangnya dengan selendang.

"Mereka boleh mengenakan hijab mengikut cara masing-masing," kata jurucakap kementerian, Mohammad Sadeq Akif Muhajir kepada AFP.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan pelaksanaan pemakaian burqa yang diwajibkan Taliban sebelum ini, beliau menafikan.

"Mereka boleh memakai apa saja jenis hijab, terpulang kepada mereka, asalkan menutup aurat dengan sempurna.

"Pakailah selimut jika perlu," katanya.

Ketika Taliban berkuasa sebelum ini, tafsiran Islam yang ketat bermakna mengawal tabiat, tindakan dan pakaian seharian orang ramai.

Pakaian Barat dilarang, lelaki diperintahkan untuk tidak bercukur, dan orang ramai dibelasah jika mereka tidak mengerjakan solat dengan segera.

Walaupun menjanjikan versi peraturan mereka yang lebih lembut kali ini, beberapa larangan ketat telah mula diperkenalkan, termasuk mengharamkan drama TV yang menampilkan wanita melainkan mereka mempunyai tema Islamik, dan melarang muzik di khalayak ramai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.407709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list