CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 0

Doktor bunuh 14 pesakit di AS dibicarakan

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Hujah pembukaan bermula kelmarin dalam perbicaraan seorang doktor di Ohio, Amerika Syarikat (AS), yang menghadapi 14 tuduhan membunuh.

William Husel, 46, dituduh memberikan dos berlebihan ubat tahan sakit kepda pesakit yang menderita penyakit kritikal.

Dia melakukan jenayah terbabit di Hospital Mount Carmel West di Columbus antara Februari 2015 dan November 2018.

Husel, yang mengaku tidak bersalah, pada awalnya dituduh melakukan 25 pembunuhan tetapi 11 tuduhan ditolak oleh hakim pada Januari lalu atas permintaan pihak pendakwa.


Pendakwa, Janet Grubb, berkata pesakit yang maut adalah mereka yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan berusia antara 37 dan 82 tahun.

"Pihak pendakwa akan menunjukkan bahawa perbuatan Husel bukannya dilakukan secara tidak sengaja atau hanya membabitkan unsur kecuaian perubatan, sebaliknya adalah pembunuhan.

"Bukti yang akan dikemukakan semasa perbicaraan dapat mengesahkan bahawa tindakan Husel menyebabkan kematian semua pesakit terbabit.

"Bukan semua pesakit ini tidak dapat disembuhkan ketika mereka menemui ajal, malah sesetengahnya sudah boleh berpindah dari hospital ke rumah atau pusat penjagaan lanjutan," katanya.

Husel, yang dipecat oleh hospital pada Disember 2018 dan lesen perubatannya ditarik balik, dituduh meluluskan pemberian dos fentanyl dan benzodiazepines pada kadar yang boleh menyebabkan kematian.

Perbicaraan dijangka mengambil masa dua bulan. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.138190 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list