CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

Kajian terbaharu temui bukti COVID-19 berasal dari pasar di Wuhan

[Copy link]
Post time 27-2-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode

Pasar di Wuhan di mana saintis percaya kes pertama COVID-19 berasal. - Foto AFP

WASHINGTON: Sekumpulan saintis semalam mengeluarkan hasil kajian mereka mengesahkan pasar di Wuhan, China, sebagai lokasi asal bermulanya pandemik COVID-19.

Kumpulan itu menganalisis data daripada pelbagai sumber dan menyimpulkan COVID-19 berkemungkinan besar terdapat dalam mamalia hidup yang dijual di Pasar Borong Makanan Laut Huanan pada akhir 2019.

Mereka juga percaya virus itu boleh merebak dengan meluas melalui orang yang bekerja atau membeli-belah di sana.

Mereka turut menegaskan tidak mendapat bukti sokongan berhubung teori lain yang menyatakan COVID-19 bermula dari sebuah makmal di Wuhan.


"Apabila anda melihat semua bukti bersama-sama, ia adalah gambaran yang luar biasa dan jelas bahawa wabak itu bermula di pasar Huanan," kata ahli biologi evolusi di Universiti Arizona dan pengarang bersama dua kajian, Dr Michael Worobey.

Kedua-dua laporan itu belum lagi diterbitkan dalam mana-mana jurnal saintifik kerana masih memerlukan semakan semula.

Kajian itu meneliti dua dakwaan yang menjadi perdebatan mengenai permulaan wabak yang telah membunuh hampir enam juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan lebih 400 juta orang sakit.

Persoalan sama ada wabak COVIC-19 bermula akibat ribuan hidupan liar yang dijual di pasaran, kebocoran daripada makmal virologi Wuhan atau berpunca akibat cara lain terus menimbulkan pertikaian geopolitik dan kini beralih kepada perdebatan mengenai cara terbaik untuk menghentikan wabak seterusnya.

Beberapa saintis luar masih sukar menyokong hipotesis asal yang menyatakan wabak itu berasal dari pasar basah di Wuhan dan menegaskan mereka masih tidak yakin dengan perkara itu.

Pakar virus di Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson, Dr Jesse Bloom, berkata masih terdapat ketiadaan bukti langsung bahawa haiwan di pasar itu sendiri telah dijangkiti COVID-9.

"Saya fikir apa yang mereka pertikaikan mungkin benar," kata Dr Bloom mengenai kajian terbaru itu.

"Namun, saya rasa kualiti data tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa mana-mana senario ini adalah benar dan meyakinkan." katanya.

Dalam kajian baharu itu, Dr Worobey dan rakan-rakannya membentangkan bukti bahawa mamalia liar yang mungkin mempunyai coronavirus telah dijual pada Disember 2019.

Namun, tiada hidupan liar ditinggalkan di pasar itu ketika penyelidik China tiba pada awal 2020 untuk mengumpul sampel genetik. - AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068644 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list