View: 1502|Reply: 6
|
Bawah Katil Je Bela 'Anaconda'! Tak Takut Makan Tuan Ke?
[Copy link]
|
|
Kecoh di media sosial apabila tular sebuah video ular sawa yang dibela dan ditempatan di bawah katil dalam sebuah rumah.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, ular berkenaan dikatakan memang dibela oleh keluarga pemilik akaun tersebut.
Kredit foto: TikTok
Menurut individu tersebut, nama ular berkenaan adalah Miko dan sehingga kini haiwan reptilia itu belum pernah menyerang manusia.
Pun begitu, menerusi ruang komen kebanyakan netizen dilihat agak seriau apabila melihat saiz Miko yang agak besar dan berat.
Malah, ada yang meminta supaya ular berkenaan dibuang segera sebelum ia menyerang tuan rumah.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan keputusan keluarga tersebut untuk membela ular di dalam rumah khususnya dari sudut perspektif Islam.
Namun, pemilik akaun itu menyatakan video yang dirakam di dalam rumah itu adalah selepas ular tersebut dimandikan.
Ular berkenaan akan ditempatkan ke tempat asal selepas selesai dibersihkan.
Sumber: GEMPAK |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas aku tengok video ni terus aku jengah bawah katil
Seriau....
Dah lah hari tu nampak si batik duduk atas dinding bilik air. Nak pukul dah hilang ke mane ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau tak cukup bagi makan mau dia ngap tuannya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kawan mak dulu bela gak ular sawa batik nih. minat reptilia katanya
dia kata ular dia jinak. then satu masa tu, ular dia kurang makan, dan sangat lah manja. selalu lilit dia, tapi tak ketat la, lilit manja gitu
still dia risau la kan. bawak jumpa vet. doc kata, ular tu tengah kosongkan perut dia. dan dia tengah ukur size tuan dia. bila tiba masa.. ngap
terus dia let go ular tu. wallahualam kat mana. jual mungkin. atau dah jadi beg tangan |
|
|
|
|
|
|
|
seriaunya baca cerita macam ni. dah habis binatang ke nak bela.. ular sawa yg ko bela
|
|
|
|
|
|
|
|
nk bela ular ke nk bela biawak? huhu
dua2 makan tuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|