CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2323|Reply: 19

"Seriuslah Aku Seorang Je?" - Pemuda Cuak Naik Bas 'Kosong' Dari KL Ke Kedah

[Copy link]
Post time 3-3-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Kecoh mengenai seorang pemuda yang menjadi satu-satunya penumpang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kedah.


Ia susulan perkongsian satu video menunjukkan dirinya keseorangan di dalam sebuah bas.








"Seriuslah dia hantar aku seorang je? Aku pula rasa serba salah," demikian antara keterangan video yang kini tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.


Berkongsi pengalaman, pemuda itu, Muhammad Firdaus Mohd Nor berkata, dia menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.


Anak muda berusia 26 tahun itu mengakui dia merupakan satu-satunya penumpang sebaik membeli tiket bas ekspres bagi perjalanan ke kampungnya di Kuala Ketil, Kedah.


"Saya ambil cuti kecemasan kerana ibu saudara meninggal dunia. Disebabkan saat akhir, saya tak dapat booked secara online dan perlu ke kaunter di TBS untuk membeli tiket bas.


"Masa di kaunter untuk pilih seat, memang tiada penumpang lain. Saya tiba kira-kira 15 minit sebelum bas dijadualkan bertolak pada pukul 10.30 pagi," katanya kepada mStar.


Tekaannya tepat kerana sebaik menaiki bas berkenaan di platform hanya dia seorang yang berada di dalam kenderaan tersebut.


"Terdetik dalam hati, eh biar betul saya seorang ni? Takkan driver nak bawa bas semata-mata nak hantar saya seorang ke Kedah?


"Bas belum bergerak dan driver tu berjalan mundar-mandir ke sana ke sini sambil bercakap menggunakan telefon. Apa yang berlaku sebenarnya," ujarnya yang berasal dari Kuala Ketil.


Bersangka baik, anak bongsu daripada enam beradik itu menunggu selama 20 minit sebelum memberanikan diri menegur pemandu bas kerana tersasar dari jadual yang ditetapkan.








"Saya tanya 'Saya seorang je ke bang?'. Driver tu barulah menjawab minta saya tunggu ke jadual berikutnya pada pukul 11.30 pagi.


"Saya tak kisah menunggu asalkan bas boleh bergerak. Selepas menunggu selama sejam, barulah ada tujuh lagi penumpang iaitu empat dewasa dan tiga kanak-kanak masuk ke dalam bas sebelum bas memulakan perjalanan," katanya.


Hanya lapan penumpang yang menaiki bas berkenaan, Firdaus memaklumkan dia selamat tiba di Kuala Ketil pada kira-kira pukul 6 petang.


"Saya sebelum ini balik kampung naik bas masa hujung minggu, jadi ramai orang. Ini first time saya balik pada hari bekerja, itu yang mungkin tak ramai orang," tambahnya.


Firdaus yang bertugas di sebuah syarikat kurier berkata, ia bukan kejadian pertama dia menaiki bas dengan jumlah penumpang sedikit kerana pernah mengalaminya sewaktu belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, pada 2018.




  



"Masa tu ada urusan di Kuala Lumpur dan nak balik naik bas ke UMT pada pukul 10 malam. Hanya ada tiga penumpang termasuk saya.


"Tiba-tiba saya dikejutkan dari tidur dalam bas ketika di tengah perjalanan. Kami diminta untuk turun dari bas dan menaiki sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna) Toyota Alphard.


"Memang cuak sebab masih tengah mamai, tiba-tiba kena suruh masuk dalam kereta. Risau juga, mulanya sangka kami kena jual kat Siam," katanya berkongsi detik cemas.


Firdaus yang kini mencari peluang dalam suara latar (VO) berkata, perasaan cemas mulai hilang apabila perjalanan mereka menaiki MPV semakin hampir ke destinasi, awal pagi.


"Saya adalah penumpang terakhir yang dihantar. Dari mula-mula rasa cuak, saya rasa macam anak Tan Sri bila dihantar guna Alphard terus sampai ke kolej (asrama)," ujarnya secara berseloroh.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 03:25 PM | Show all posts
aku aje ke focus kat seat bas ni...mcm sesuatu pulak aku tengok...aku imagine anaconda berkeliaran pulak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:08 PM | Show all posts
Alahai, aku pun sama dulu sebelum covid naik bas double decker causeway KL-JB. Bila bas jalan rupanya aku sorang je seat bawah, belah atas xde orang. Suspen time tu, zaman xde wasap tiktok bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah naik bas 3 org je. Yg dua lg buat projek kt belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:06 PM | Show all posts
Ok ler tu lebih selesa tak ada yang duduk rapat2
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau naik bas waktu siang memang tak ramai. Time malam ramai je tak kira hari ape pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2022 12:13 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 3-3-2022 03:25 PM
aku aje ke focus kat seat bas ni...mcm sesuatu pulak aku tengok...aku imagine anaconda berkeliaran p ...

Yg iol plak ingt dia btul2 kesorgan, rupa2 nya ada org lain lgi. Dsar clickbait.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 12:14 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 3-3-2022 04:18 PM
Aku penah naik bas 3 org je. Yg dua lg buat projek kt belakang.

Konfem cringe & awkward af time tu hahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 01:39 AM | Show all posts
Biasa la tu.. naik hari kerja mmg la.. pagi lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:46 AM | Show all posts
huntung la,

teringat kt 1 news, kt europe pn sama

sorang penumpang ni , dia naik flight, tgk2 dia sorang je penumpang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:17 AM | Show all posts
Besa ja. Naik time pagi hari weekdays nk p kedah mana nk ada ramai org. Try nek mlm tgk. Mcm ni pn leh angkat jadi news? Lemahh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 11:34 AM | Show all posts
Edited by gigahertz at 5-3-2022 03:35 AM
Artemesiaa replied at 3-3-2022 10:06 AM
Ok ler tu lebih selesa tak ada yang duduk rapat2

i hidup 30 tahun i tak pernah naik bas express.
tapi ada sekali tu kena paksa dengan kawan i
sebab dia nak beli laptop. dia keje. i la jadi kambing hitam.sebab seller kat kuantan. seller tunggu di terminal bas.
naik bas pulak secara haram. ( bayar driver duit tepi )
seat penuh. i sorang je diri.

semua mata tengok i .


tapi best jugak la sebab tiket dalam RM 22 macam tu.
i ni jenis leceh sikit . sakit perut la nak berak la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 11:24 AM | Show all posts
Akhirnya ada juga peneman
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 03:15 PM | Show all posts
meols suka kalau dapat peluang gini sebab boleh duduk kat memana seat pastu berangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 05:31 PM | Show all posts
hyie replied at 6-3-2022 03:15 PM
meols suka kalau dapat peluang gini sebab boleh duduk kat memana seat pastu berangan

sambil pefeeling tgah shoot muzik video khuenst takpun lambai2 peminat dari tingkap bas gituwh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 05:41 PM | Show all posts
Orix replied at 6-3-2022 05:31 PM
sambil pefeeling tgah shoot muzik video khuenst takpun lambai2 peminat dari tingkap bas gituwh

ala2 Fantasia Tour kah? yihhh sangat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2022 09:28 AM | Show all posts
kalau KL senang kot naik ETS..tp tiket lagi mahal la
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 03:43 AM | Show all posts
Edited by eyansss at 12-3-2022 03:44 AM
TomyamPuteh replied at 3-3-2022 04:18 PM
Aku penah naik bas 3 org je. Yg dua lg buat projek kt belakang.

aku pernah kena, tapi bas penuh...  couple ni duduk opposite aku (same row)...  tetiba je di keheningan malam, saat semua sibuk membuta, co-driver tengking2...  terpinga2 semua...  yang aku dapat dengar bila hilang mamai : ko babi sangat nak buat maksiat sampai libatkan semua orang apahal!!!  kang disebabkan ko, satu bas kena malapetaka...  ko nak ngongkek jangan libatkan orang lain!!!  dah, ko bangun!!!!

pastu dia asingkan couple tu...  suruh tukar seat dengan orang lain...  pastu masa berhenti kat rnr, aku pun kepoh2 la tanya (aku baik dengan most of the driver and co-driver sebab zaman tu almost every week akan ke jb naik bas syarikat sama so memang dah jadi geng)...  dia pun cerita la bebudak tu buat adegan tiup2, korek2...  siap baju dah terangkat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu blk naik bas pagi/siang mmg bleh sorang dua je dlm bus…pnah gak lh dlu klu blk KL-Tganu-KL
Yang best nya pakcik/driver betul2 jaga kita…nk benti g toilet ke apa btau je. Benti rehat makan pn dia take care gtu suh mkn dlu pastu g solat lh then tggu luar surau
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 10:18 AM | Show all posts
FYI syarikat bas ni dpt subsidi dari kerajaan jadi kalau gerak bawak sorg penumpang pun diorg layak sbnrnye. jadi gunakanlah perkhidmatan bas semaksima mungkin murah pun ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.141685 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list