Edited by CocoCily at 4-3-2022 08:56 AM
I rasa this is a bit too much lah....
Anak lelaki umur 11tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang- “Saya sangat tegas, garang”
MEMILIKI anak yang pintar merupakan satu anugerahtapi memiliki anak yang ringan tulang dan rajin membantu adalah satu kelebihankepada ibu. Ini kerana, di usia kanak-kanak, pastinya merekaingin menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun bermain permainan videosehingga sukar jika si ibu meminta bantuan.
Tampil berbeza, anak lelaki bagi pasangan SitiFauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerjarumah termasuk memasak walaupun baru berusia lapan tahun. Menurusi video berdurasi 19 saat itu, anaksulungnya Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yangbaru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziahtermasuk memasak hidangan berpantang.
Kebolehannya itu meraih lebih 2.1 juta tontonan danmenerima hampir 100,000 tanda suka.
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, diaterpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun. "Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buatkerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
"Sebab kami tak tahu apa yang akan berlakukepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadiperlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik... itumatlamat saya.
"Tapi saya didik mereka sangat tegas dan sayajuga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.
"Hafiy ni saya panggil abang... dari umur diatujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
"Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasigoreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masakuntuk adik-adik," ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu,sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyakmembantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
"Saya bersalin czer... pergerakan terbatas danberpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang,dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
Masa berpantang dah masukminggu kedua tu, suami dah start sibuk... saya tinggal dengan anak-anak dekatrumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
"Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah diapesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemasrumah. "Bila ayah dia masak, mereka akan tolongsediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajaranak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok," jelasnya.
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia danbayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya. "Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu,suami dah start sibuk... saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiyyang masak sepenuhnya.
"Saya minta anak bujang saya masak yang simplemacam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus.Kadang-kadang dia masak sup ayam. "Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dahdiajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.
"Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia punnak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju. "Abang pula akan masak dan kemas rumah, memangsaya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas," katanya sambil memuji sikapHafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu,dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewayang menghidap william sindrom. "Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumahjadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supayakalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adikterutama yang istimewa ni. "Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewasaya," katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dankebajikan anaknya
Source: https://www.mstar.com.my/lokal/v ... _7084h_fgpBpda1VW94
|