View: 1026|Reply: 4
|
'Pergi Klinik Nak Ambil Ubat Batuk, Tetapi Doktor Bagi Bunga Cengkih!'
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai ciapan seorang pengguna yang berjumpa doktor di sebuah klinik kerana dia tidak berasa sihat dan mahu meminta ubat di klinik.
kredit foto: Twitter/Motley
Memetik Beautifulnara, pengguna itu terkejut apabila diberikan paket kecil bunga cengkih oleh doktor yang bertugas pada hari itu.
Difahamkan, doktor itu sempat memberi pesanan supaya memasak air panas dan jangan lupa untuk mencampurkan beberapa biji bunga cengkih untuk menyelesaikan masalah batuknya.
Pengguna berkenaan kemudian menyifatkan doktor itu sebagai seorang yang sempoi dan melucukan.
Ciapan itu membuatkan netizen terhibur dengan karenah doktor dan memuji doktor yang masih pertimbangkan cara tradisional untuk merawat penyakit.
Berikutan itu, pengguna berkenaan menjelaskan doktor tersebut juga memberikan ubatan lain seperti ubat radang, ubat batuk dan antibiotik, bukan hanya bunga cengkih sahaja. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn ingt SEMUA YANG KERJA KT CLINIC PERSENDIRIAN ITU ADALAH DOKTOR SEBENAR YA..
M A Pon ramai je bt PT kat situ..tolong diagnose n bagi ubat sbb owner clinic nk jimat cost
Doktor real charge 50-80 per hour
MA maybe half je
Pastu charge pricing termasuk consultation 100 min..bijak kan?Hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la doktor ni geng teori koperasi bumi leper?? Harap digi siasat klinik mana..[em:22:] |
|
|
|
|
|
|
|
Getik betul bbnu skrg n acik 7e viral dok ber gais2 ke hulu ke hilir |
|
|
|
|
|
|
|
ubat meradang? hahahaaruuuu… |
|
|
|
|
|
|
| |
|