CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 978|Reply: 7

[Dunia] Saintis kelahiran Malaysia maut kemalangan di England

[Copy link]
Post time 8-3-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/ ... malangan-di-england
Disiarkan pada: Mac 6, 2022 @ 6:15pm



[size=0.9]Zaharah Othman
am@hmetro.com.my




London: Seorang saintis kelahiran Malaysia Dr Ling Felce (Wong Suet Ling), 35, maut dalam kemalangan jalan raya di Oxford, England, Selasa lalu.
Dr Ling dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement's Street dan The Plain di Oxford.
Kematian tragik wanita itu disiarkan dalam satu kenyataan Polis Lembah Thames.
Dr Ling dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama keluarganya.


Pada 2005, dia melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford bagi mengikuti pengajian dalam jurusan biokimia dan mendapat ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.
Ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun itu bekerja sebagai saintis dan baru-baru ini menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas imun manusia terhadap Covid-19 serta kanser.
Suami Dr Ling yang dikenali sebagai James Felce menyifatkan Wong sebagai 'cahaya' keluarga dan dia sekeluarga sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat mempunyai begitu banyak impian untuk diri mendiang dan anak-anak.
"Saya rasa kehilangan tanpa kehadirannya tetapi dia akan terus hidup melalui cinta yang dia berikan kepada kami dan kepada ramai yang lain," katanya.
Dr Ling juga digambarkan rakannya sebagai bijaksana, mudah mesra dan seorang yang optimistik.
Oxford Mail melaporkan Dr Ling meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan menimpanya itu.
Pada Khamis, Robert Whiting, 39, hadir di Mahkamah Majistret Oxford untuk didakwa kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.
Suspek juga akan didakwa kerana memandu tanpa lesen dan insurans.
Dia kini ditahan reman dan dijangka hadir di Mahkamah Oxford Crown pada 28 Mac.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Condolence. Kesian anak kecik2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya meninggal..semoga keluarga mendiang tabah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 08:51 AM | Show all posts
lahir je kt malaysia, umur 5thn dh pindah uk. ntah2 dah bukan warganegara lg kot.

apepun takziah pd keluarga mendiang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dimana-mana pun basikal dibenci. Walau kat Oxford yang basikal memang bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat doc ipes td..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh sayangnya. Sheols ada anak kecik lagi. May her soul rest in peace. A big loss in science world
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 01:12 PM | Show all posts
"Suami Dr Ling yang dikenali sebagai James Felce menyifatkan Wong sebagai 'cahaya' keluarga"

ayat wartawan Malaysia, sekejap Ling, sekejap Wong. Aku sure nama mendiang ni Dr Felce ikut surname husband dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.124156 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list