View: 1862|Reply: 4
|
Buat Produk Jenama Sendiri
[Copy link]
|
|
Edited by fusuy at 11-3-2022 10:03 AM
Tidak dinafikan antara jalan mencari kekayaan adalah dengan berniaga sendiri. Kita telah tengok ramai yang mampu menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat kerana berniaga dengan menghasilkan produk dan jenama sendiri. Ramai jutawan di Malaysia merupakan founder produk jenama sendiri.
Pasti ramai tertanya-tanya, bagaimana mereka yang kaya raya ini boleh bermula sebagai seorang founder produk, dan menghasilkan produk dengan jenama sendiri? Mesti ada yang mahu mengikut jejak langkah mereka untuk memulakan perniagaan, terutama sekali perniagaan berkaitan kecantikan yang kekal menjadi antara produk laku keras di pasaran.
Hasilkan Produk Jenama Sendiri Menerusi Kilang OEM
Produk OEM? Apa maksud produk OEM? OEM adalah terma yang digunakan terhadap pengeluar produk tanpa jenama yang mengeluarkan produk dalam kuantiti yang besar dan banyak, kepada pengusaha lain yang tiada kilang, tetapi mempunyai jenama sendiri.
Aha .. inilah asas dan faktor utama untuk menjadi seorang product's founder atau owner. Teringin nak menjadi founder produk jenama sendiri, maka anda perlukan kilang atau syarikat pengeluar yang boleh mengeluarkan produk OEM ini. Ini adalah antara perkara utama yang harus difikirkan.
Namun, memilih kilang untuk hasilkan produk anda bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Anda kena pastikan bahawa kilang untuk hasilkan produk jenama anda mempunyai kelulusan dan menepati syarat-syarat pengeluaran dan pengilangan. Ini akan bakal membantu anda dalam memasarkan produk, terutama sekali produk-produk berkaitan kecantikan.
Contohnya, kilang OEM tersebut mestilah kilang pengeluaran yang ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ada sijil GMP (Good Manufacturing Practice), sijil halal dan sebagainya.
Menarikkan?? Anda teringin nak keluarkan produk apa?? Cuba reply sikit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
comel packaging tu. thanks for open a thread.. tapi i tau mesti u nak promote oem produk ni.
hmm i dunno i just hope especially org melayu khusus akan keluar dari konsep oem produk ni.. it just too many founder and end up dah jadi komersial value shj.
Just an opinion but ada juga yg berjaya.. so it depends pada how good ur strategy. |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa benda ni bagus untuk orang yang nak explore another niche of business..
Yess apa pun yang penting strategy kena mantap, lebih lebih lagi macam u kata terlalu banyak founder etc. One of the most important part untuk difikirkan pada I is how your products solve people's problem and what makes them dirfferent from other competitors.
Dah maju nanti boleh buat team rnd and come up with formula sendiri kan.. mana tahu hehe |
|
|
|
|
|
|
|
fusuy replied at 14-3-2022 02:55 PM
I rasa benda ni bagus untuk orang yang nak explore another niche of business..
Yess apa pun yang pe ...
True...its always better to start something than nothing..i hope tokey oem really emphasis on bahan yg digunakan...and when beginner yg nak ada product sendiri ni akan jual produk kualiti not just for the sake of selling. |
|
|
|
|
|
|
|
fusuy replied at 14-3-2022 02:55 PM
I rasa benda ni bagus untuk orang yang nak explore another niche of business..
Yess apa pun yang pe ...
U kena tag mana mana poremer yg u familiar so baru thread ni up .. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|