View: 1357|Reply: 5
|
"Scammer Terus Taubat Lepas Ni," Netizen Terhibur Wanita Berlakon Sengau Jawab Panggilan Scammer
[Copy link]
|
|
Sejak kerajaan mengumumkan pengeluaran simpanan KWSP, semakin ramai individu yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menjadi 'scammer' untuk memperdaya orang bagi mendapatkan wang dengan cara yang pantas.
Sumber: Google Image
Seperti yang kita pernah dengar, scammer selalunya akan menjalankan aktiviti penipuan mereka dengan membuat panggilan dan mengatakan bahawa mereka daripada badan kerajaan seperti LHDN, PDRM atau kes mahkamah.
Tetapi oleh kerana kes scammer ini kerap berlaku, rata-rata masyarakat sudah sedar dan peka dengan sindiket penipuan scammer ini. Kini ramai yang semakin bersedia untuk 'menyerang' kembali geng scammer dengan pelbagai cara.
Baru-baru ini, menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai nurelyn32 menunjukkan seorang wanita yang didakwa agak 'luar biasa' dan 'rare'. Taktik wanita itu cuba mengelak daripada ditipu 'scammer' sangatlah mencuit hati ramai.
Menerusi video pendek itu, kelihatan seorang wanita yang sengaja bersuara sengau semasa menjawab panggilan 'scammer'. Cuba teka apa yang dikatakan oleh wanita itu?
Meninjau ke ruangan komen, ramai warga Tiktok yang terhibur dengan kaedah unik wanita ini. Ada juga yang mahu menggunakan kaedah yang sama jika menghadapi perkara yang sama. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru kelmarin scammer call no aku tapi yg cakap tu mesin. Kata aku ada tunggakan LHDN padahal rekod aku bersih & tak kerja. Aku hang up pastu aku blast abusive message kat no tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm pos msia call, mesin kata aku ada parcel kat pos msia.. Aku tekan no yg dia suruh tu, lps tu scammer aci india tanya knpa aku call...aku ckp korg yg call aku buat2 tak tau pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah. Tapi I cakap je wrong number. Mala's nak entertain lama2.djzara81: Baru kelmarin scammer call no ... |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam scammer TM call kata nak potong line sebab dah lama tak bayar. I jawab potong jela kisah pulak akak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha. Kat opis ni ada pattern. Mula-mula satu meja dapat panggilan scammer, lepas tu seorang-seorang dapat panggilan. Kitorang boleh agak dah.
Saya tengok mood. Kadang datang mood ngengada, saja la layan si scammer ni. Kalau tak ada mood, letak je terus lepas dia kata "Ini adalah panggilan daripada..."
Satu panggilan scammer yang saya layan lama sampai dia sendiri give up dan letak phone, panggilan pasal kes langgar lari dekat Perlis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|