CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1268|Reply: 13

[Tempatan] 'Saya sangka akan mati' - Tun M

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
'Saya sangka akan mati' - Tun M


TUN Dr Mahathir. FOTO Ihsan FB Dr Mahathir Mohamad


Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pakar perubatan Institut Jantung Negara (IJN) dan pakar perubatan jemputan atas kepakaran serta kebolehan merawat beliau ketika menjalani rawatan di pusat rawatan jantung itu Januari lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah percaya hayatnya sudah tiba, namun dengan rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, penolong doktor serta bantuan daripada pekerja di IJN mereka berjaya memulihkan kesihatannya.

"Bagi saya ini adalah satu keajaiban, saya tidak menyangka untuk hidup. Saya menjangka akan mati kerana saya sudah tua dan saya juga menghidap penyakit yang serius yang memberi kesan… mula-mula jantung saya, apabila jantung lemah ia memberi kesan kepada paru-paru dan apabila paru-paru lemah ia memberi kesan kepada buah pinggang dan seterusnya.

"Tetapi entah bagaimana atau lebih tepat doktor memulihkan saya dan akhirnya saya dibenarkan keluar dan agak sihat, bukan seratus peratus tetapi cukup untuk saya meneruskan kerja yang perlu saya lakukan," katanya menerusi saluran rasminya di YouTube CHEDET hari ini.


DR Mahathir bersama pakar perubatan IJN dan pakar perubatan jemputan yang merawat beliau. FOTO Ihsan FB Dr Mahathir Mohamad


Tun Mahathir berkata, ini sesuatu yang patut dibanggakan kerana rakyat Malaysia tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapat rawatan kerana negara ini sudah mempunyai pakar perubatan yang boleh merawat penyakit serius seperti dialaminya.

"… seperti yang anda tahu saya juga dilatih sebagai doktor dan semasa saya bermula pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, pada ketika itu terdapat 'slot khas' untuk doktor Malaysia terutama doktor Melayu, doktor di hospital pada masa itu dikenali sebagai pembantu pegawai perubatan… tidak ada orang Asia boleh menjadi pegawai perubatan... kerana tiada kepercayaan terhadap doktor Malaysia.

"Saya amat percaya bahawa kita boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Semasa saya (sebagai perdana menteri) saya pernah bercakap bahawa Malaysia kita boleh... kita cekap," katanya.

Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, kekal bertenaga dan kelihatan sihat ketika menyampaikan ucapan berkenaan.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari, namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gka-akan-mati-tun-m


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2022 03:49 PM | Show all posts
semoga MALAYSIA pulih juga mcm tun M..... TUN m HARAPAN utama rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:12 PM | Show all posts
kami pun jangka benda yg sama, namun tak berhasil...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah atuk akan naik jd pm sekali lagi..dan terbunuh ketika di tampuk pemerintahan??
jeng jeng jeng..seperti ramalan org alim2 yg kecoh satu ketika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrenochrome tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 29-3-2022 04:20 PM
adakah atuk akan naik jd pm sekali lagi..dan terbunuh ketika di tampuk pemerintahan??
jeng jeng jeng ...

Memang hasrat atokcow ijau mumia fossil ron97tahun mati macam Tun Abdul Razak mati semasa memerintah negara
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:49 PM | Show all posts
Tun ni ibarat beacon of light kpd Malaysia, sama mcm LKY kpd Singapura...LKY sudah mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mati tu pasti. smoga kita smua dipnjangkn umur
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:50 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 29-3-2022 04:51 PM

rakyat singapura masih tertunggu bila LKY akan bangun dari kubur...tetapi rakyat singapore tidak tahu, LKY sedang di bakar dalam api neraka jahanam buat selama-lamanya...janji tuhan itu pasti!

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:58 PM | Show all posts
berehat la tun..
generasi yang lahir semua dah ada je tak hargai jasa beliau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:24 PM | Show all posts
atok yg tua dan ada privilege pun ujong2 ke IJN jua walaupun boleh je dia nk dptkan rawatan kt negara luar.... anak jibun setakat deliver baby jah pun smpai ke singapore, abahcow rawatan kanser pun ke singapore... kalau keluarga dan pemimpin sendiri tak percaya pada kemahiran org temapatan, anak tempatan, entah la xtau nk ckap apa....

semoga Tun panjang umur dan sihat. semoga harapan Tun melihat jibun dipenjara tirai besi dimakbulkan... termasuk wak komedi yg kata atok anak lelaki kutty dasar indon ponorogo tak sedo diri !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung siapa yang keje jadi chef kt rumah mumia 97.. bg mkn bubur sayur dgn ayam rebus je..xsusah pon pastu gaji mahal

Nway mumia ni tewas dgn jibby perampok..jibby ni although xde 'jasa' sgt tp popular sungguh mungkin sbb yang seangkatan dgn mumia semua dah left the room..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo suatu hari ditakdirkan Tun meninggal, i rela tipu mc nk g pengkebumian Tun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042543 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list