CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 2

[Tempatan] Padah pinjam ceti haram RM2,000

[Copy link]
Post time 29-3-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Padah pinjam ceti haram RM2,000


Polis menyerbu sebuah premis perniagaan di Bandar Bukit Jalil, yang dijadikan pusat panggilan awam. - NSTP/Ihsan PDRM


KUALA LUMPUR: Kehidupan seorang kakitangan kerajaan dan keluarganya tidak tenteram apabila sering diugut akan dicederakan hanya kerana gagal membayar pinjaman RM2,000 yang dibuat secara dalam talian dari sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau 'ah long',

Akibat tidak tahan dengan ugutan yang diterima melalui panggilan telefon itu, mangsa akhirnya membuat aduan kepada polis pada 18 Mac lalu dan mengaku gagal membuat bayaran balik disebabkan dikenakan kadar bunga pinjaman yang terlalu tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata pihaknya menjalankan siasatan bagi mengesan pelakunya berikutan aduan dibuat mangsa,

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Risikan/Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Wangsa Maju menyerbu sebuah premis perniagaan di Bandar Bukit Jalil, semalam.

"Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang, polis menahan empat lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 25 tahun yang berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi serbuan itu juga, katanya, polis merampas 13 telefon bimbit serta sembilan kad bank yang digunakan dalam menjalankan kegiatan sindiket ' ah long'.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi sejak tiga hingga empat bulan lalu di sekitar ibu negara. Empat ahli sindiket yang ditahan bekerja dengan tawaran gaji antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.

"Mereka direman hingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang kerana menjalankan aktiviti pinjaman tanpa lesen dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ancaman atau ugutan jenayah," katanya.

Dalam pada itu, Mahidisham menasihatkan orang ramai tidak membuat pinjaman wang dari 'ah long' sebaliknya berurusan dengan institusi yang berlesen bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.



https://www.bharian.com.my/berit ... m-ceti-haram-rm2000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 04:55 PM | Show all posts
kerja gomen gaji tak terjejas pun cari along ke..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 12:17 PM | Show all posts
kwn aku ah long juga...bg pinjam max 500....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041649 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list