CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 6

Kacau Anak Perempuan, Bapa Amuk 'Serang' Pemandu Van Sekolah Gatal

[Copy link]
Post time 30-3-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode


Seorang bapa yang dikenali dengan nama Facebook Tuan Amir Danau tidak teragak-agak untuk menampar dan menumbuk pemandu van sekolah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya.


Menerusi dua video yang dikongsikan di media sosial, Amir terlebih dahulu bertanyakan hal itu kepadanya namun pemandu terbabit berulang-kali menafikan dakwaan tersebut.


Kelakuan tidak senonoh pemandu berkenaan terbongkar apabila anak perempuannya yang mesra disapa sebagai Neno menghantar Whatsapp kepada ibunya mengadu perangai 'pelik' pemandu terbabit.




"Aku panggil anak aku suruh cerita. Menangis-nangis dia cerita. Katanya, dia orang pertama yang driver ni ambil jam 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk belakang, kemudian driver suruh duduk depan.


"Hari pertama dia tanya nama dulu. Cakap dia comel lah, cantiklah dan cubit-cubit pipi. Esok dia buat benda lain pula. Dia mula pegang tangan, gosok-gosok dan ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk paha dan tunduk rapatkan muka ke paha anak aku masa tu," katanya.


Tambahnya lagi, pemandu itu turut memberikan keychain yang tertulis nombor telefonnya selain memberikan air kotak dan berjanji untuk menghadiahkan coklat pula.


Mendengar keseluruhan cerita anaknya, Amir berang dan menghubungi seorang pemandu van sekolah yang lain untuk bertanyakan latar belakang pemandu yang menganggu anaknya.


"Dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengna ibu pada budak sekolah ni. Dia Whatsapp melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia suruh video call bagai," katanya.


Enggan perkara sedemikian berlaku kepada pelajar lain, Amir bertindak untuk bersemuka dengan pemandu terbabit pagi tadi ketika mengambil anaknya untuk dihantar ke sekolah.




Katanya, perbuatan pemandu van tersebut tidak boleh dianggap remeh apatah lagi dianggap sebagai perkara kecil. Setiap ibu bapa harus peka dengan keselamatan anak terutama sekali anak perempuan.


"Kebanyakan kita keliru tentang batas seksual. Setakat kena pegang tangan ni satu kesalahan ke? Kena tepuk punggung ni kira gangguan seksual ke? Pegang dada je ke baru dipanggil cabul? Ramai keliru dan tak pernah tahu pun.


"Last sekali bila dah baca segala pendedahan, baru teringat kita dulu pun pernah kena situasi macma ni. Dengan ustaz sekolah, dengan driver bas, dengan ramai orang tapi tak pernah tahuun ini satu kesalahan berat.


"Kita cuma keliru je waktu tu dan last sekali ambil pendekatan jarakkan diri je lah. Tak bagi tahu siapa-siapa. Si predator terlepas mcam tu je. Menang main psikologi pada kita," katanya.





Sudah membuat laporan polis, Amir menyedari tindakannya mengasari pemandu berkenaan bukanlah perbuatan yang betul bagaimanapun bagi seorang bapa, maruah anaknya lebih penting.


"Sekurang-kurangnya anak aku tahu, aku bapa yang tetap akan pertahankan dia kalau ada orang cuba-cuba ambil kesempatan," katanya. -CARI










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 03:03 PM | Show all posts
sikit sgt bapak nya bagi salam tu

tampar & ceduk perut

patut dipijak2 beramai2

pedo makin menjadi2 skrg ni

sial betul
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 04:23 PM | Show all posts
Mendapat sudah lain kali kerja elok2 jangan nak macam2
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur sempat diselamatkn sebelum jadi mangsa cabul pedo ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju tampar tumbuk je gatal nk mampos. Bagus ayah dia ambil tindakan terus kalau setakat stop hntar ank, nanti pakcik tu buat dkt budak lain pulak. Haritu kes guard sekolah, ni pemandu van sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ayah dia ni. Family ni boleh nampak la rapat, hubungan sihat. Parents and anak boleh bercerita apa2. Bukan semua ya lelaki boleh bertindak jadi ayah, ada yang takde reaction langsung, buat tak tahu pun ramai. Kagum la jugak ayah budak ni masih boleh kawal sabar dia tu, kalau orang lain mau lunyai

Driver tu dah kena tangkap kan

Semoga Malaysia akan ada website yang display muka pedo2 kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
boongalalang replied at 31-3-2022 07:56 AM
Bagus ayah dia ni. Family ni boleh nampak la rapat, hubungan sihat. Parents and anak boleh bercerita ...

Tu lah iols kagum bapaknya alert n ambik tindakan pantas
Kdg ada bapak buat bodoh sbb rasa isu ni remeh
Mmg layak kena ludah n pijak pun drebar pedo ni
Ko tabur paku dlm periuk nasi ko sape suruh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050613 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list