CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 1

[Tempatan] Warga Korea antara 3 direman kemuka dokumen palsu

[Copy link]
Post time 30-3-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Warga Korea antara 3 direman kemuka dokumen palsu



TIGA individu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Foto Ihsan SPRM.


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pengurus besar syarikat warga Korea kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan pinjaman berjumlah kira-kira 4.2 juta pound sterling dari sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di ibu negara.

Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara jam 5 petang dan 12 tengah malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Dua suspek termasuk pengurus besar itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 1 April, manakala seorang lagi selama lima hari sehingga 3 April ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim, selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut sumber, warga Korea itu adalah pengurus besar di syarikat antarabangsa berkenaan dan dipercayai bersubahat bersama dua individu berkenaan.

Katanya, mereka dikatakan membuat pinjaman bagi pembelian 24 kenderaan terpakai dari luar negara pada 2015.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emuka-dokumen-palsu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 30-3-2022 03:07 PM

Ala anna davey versi korea ke..
Ada gambar polis n penjenayah tu tanpa mask x..
For research purpose..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.196220 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list