View: 6550|Reply: 68
|
Prof Dr Roshana Direhatkan Mulai 1 April, UiTM Siasat Cari Kebenaran
[Copy link]
|
|
Akibat memperlekeh seorang pelajar ketika sesi pembelajaran secara dalam talian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) memutuskan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim bermula 1 April.
Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada 31 Mac.
"UiTM menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada 31 Mac 2022 memutuskan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan," demikian berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.
UiTM menerusi Jabatan Komunikasinya memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat adalah bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
Kenyataan tersebut turut menyebut pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang sengaja ataupun tidak menyebarkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warganya.
"UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan.
"UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.
"Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.
"enilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) dibuat secara rawak setiap semester boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat dan pelanjutan kontrak perkhidmatan," demikian menurut kenyataan tersebut lagi.
Terdahulu dalam kenyataan pada Rabu, UiTM berkata pihaknya akan mengambil tindakan ke atas pensyarah wanita berkenaan selepas videonya tular di media sosial sejak malam Selasa.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, institusi pengajian itu sedang meneliti kes berkenaan.
"Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
"Saya difahamkan insiden terbabit berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuat naik.
"Bagaimanapun tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba)," katanya.
Tambah Roziah, Profesor Dr Ts Roshana Takim adalah pensyarah yang baik dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.
Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita tersebut memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.
Menerusi rakaman itu, pensyarah berkenaan turut mengarahkan pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membeli komputer riba untuknya. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak thread reporter cari?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu..Majlis professor negara diam membisu seribu bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga dengar cerita ni sebenarnya video lama
lecturer tu dah mintak maaf dan settle dgn student tu
tp classmate lain yg dok sebar benda ni, jadi kes dah settle tapi baru sekarang nak kecoh
aku pun tak setuju benda2 mcm ni.. tp bila kena viral ni kena hadaplah apa yg jadi kan
bertabahlah ye dik |
|
|
|
|
|
|
|
X pelah Prof. Rehatlah sempena ramadhan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak kan berdoa semoga dapat jumpa bulan ramadhan ya prof |
|
|
|
|
|
|
|
Berkat kalimah keramat "Usop Gemok".. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berehat ye prof anti-B40. Kalau bosan bole VC Usop Gemok. |
|
|
|
|
|
|
|
Prof mulut hansuang mmg karma la
kena kat ko balik.
Ilmu tinggi tapi tiada adab. Dia ingat dia
Prof dah tinggi sgtla tu.
Dah pencen tu jaga cucu ajerla, hadap sgt
kebulor nak sambung kerja lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pasti reporter CARI tidak pernah berehat daripada tugas...
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 1-4-2022 08:29 PM
Yang pasti reporter CARI tidak pernah berehat daripada tugas...
Kali ni je lah up to date. Selalunya post berita yg dah basi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rehat betul2, muhasabah diri. Fikir kenapa sheols begitu meroyan sepanjang masa dengan students. Apakah royanan sheols dapat membantu students. |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 1-4-2022 05:14 PM
Sementara itu..Majlis professor negara diam membisu seribu bahasa
Semendjak dari tahun 2018 lagi atokcow ijau mumia fossil ron97tahun dah bubarkan dan mansuhkan Majlis Profesor Negara, dah lupa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah rehatkan..mmg dh masa pun.cuma ko kne ingt ko dh buka floodgate utk budak viralkan cikgu depa...
Xreti nk settle dalaman ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Berapa banyak thread reporter ... ahahaha wartawan cari mesti ada dendam kesumat juga dgn prof mana2 ni ahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 1-4-2022 08:48 PM
Eloklah rehatkan..mmg dh masa pun.cuma ko kne ingt ko dh buka floodgate utk budak viralkan cikgu dep ...
Makin menjadi2lah generasi terlebih woke ni nnt |
|
|
|
|
|
|
|
KucaiHijau replied at 2-4-2022 12:26 AM
Makin menjadi2lah generasi terlebih woke ni nnt
Dkt benang satu lagi kaka dh ckp..UITM should control the narrator...
Cakap je investigation ala2 politicians tu haaa...tp bebas ke hulur ke hilir..
Then ko dptkan la proper aduan..
Bukan Jenis video viral out of context Gini..Siapa tahu video tu Pon ada editing?
Zaman kefasikan ni semua kena properly selidik..
Ikut la saluran betul..bukan shortcut gini..Kang xpasal2 ada plak Saman wrongful termination ka defamation ka..x ke satu lg bala utk uitm.. yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 1-4-2022 05:42 PM
ada juga dengar cerita ni sebenarnya video lama
lecturer tu dah mintak maaf dan settle dgn student ...
Takde la lama sangat. Hujung tahun lepas je. |
|
|
|
|
|
|
|
berhenti je lah Prof..ko pun pencen T20 apadehal...kalau dorang hadap servis kau..mohon counter offer..ingat senang ke nak dpt lecturer bagus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|