CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 903|Reply: 6

[Tempatan] Bisnes ‘cakoroi’ di Bayan Lepas masuk jerat

[Copy link]
Post time 3-4-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode

Bungkusan minuman dan daun-daun disyaki ketum dirampas dalam serbuan di Kampung Bukit, Bayan Lepas semalam. Foto PDRM

Bisnes ‘cakoroi’ di Bayan Lepas masuk jerat

BALIK PULAU – Tindakan licik sekumpulan empat lelaki termasuk dalang utama yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar ketum atau lebih dikenali sebagai cakoroi di daerah ini akhirnya terbongkar apabila diberkas polis petang semalam.

Lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 50 tahun itu diberkas di sebuah kediaman yang dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus bahan terlarang itu di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 1.45 petang.

Difahamkan, operasi yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bayan Lepas, Inspektor Mohd. Noor Fierdaus Che Othman bersama sembilan anggota itu dilakukan buat kali keempat sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam berhubung aktiviti yang dijalankan suspek terbabit.

“Dalam serbuan itu, Polis Barat Daya telah menemui sebanyak 120 bungkus disyaki air ketum yang siap diproses di dalam kereta yang di letakkan di hadapan rumah tersebut.

“Pemeriksaan di dalam rumah pula telah menemui tiga tong jingga berpenutup yang di dalamnya mengandungi 300 bungkusan yang siap diproses disyaki air ketum.

“Turut ditemui adalah 15 bungkusan plastik hitam berisi daun-daun disyaki daun ketum yang dianggarkan seberat 75 kilogram serta peralatan memproses,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04/02/ketum-penang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba la jual cakoi..xde sapa nk marah..pon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-4-2022 12:37 PM
cuba la jual cakoi..xde sapa nk marah..pon.

Cakoi pns2 mmm sedapnye

London cokoroiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk akta racun ketum ni....ingatkan akta dadah....hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 06:32 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kratom tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ca tu goreng, koi tu kuih, cakoi gebus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047484 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list