CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 2

Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari

[Copy link]
Post time 4-4-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Jini bersama Ferrari dan Celica. - Tiktok @jineylaa

Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari

JAKARTA – Seorang wanita di Bandung, Jawa Barat, menjadi sensasi di  internet selepas berkongsikan nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama kereta sport terkemuka, lapor portal Wolipop.

Wanita itu berkata, dia bernama Lamborghini Astried, manakala kakaknya dipanggil Celica Riska dan nama abangnya pula ialah Ferrari Mikola.

Menurut gadis yang lebih dikenali sebagai Jini itu, meskipun dia dahulu kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, namun dia kini tidak mempedulikan semua itu.

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

Tambah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, nama unik tersebut diberikan oleh bapa mereka yang meminati bidang automatif.

“Bapa saya yang memberi nama ini kerana dia meminati bidang automatif. Disebabkan itu, anak-anaknya diberikan nama jenama kereta.

“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya. – AGENSI



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ini-celica-ferrari/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 07:15 PM | Show all posts
Yg Celica tu agak sedih la
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:55 AM | Show all posts
Porsche pula pakai nama indon

Porsche Macan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.258500 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list