CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3034|Reply: 36

Putera Jordan Lepaskan Gelaran Putera Raja

[Copy link]
Post time 5-4-2022 06:27 AM | Show all posts |Read mode
Putera Jordan, Putera Hamzah bin Al Hussein sudah melepaskan gelaran putera raja, menurut satu kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasminya.


Portal The National dalam laporannya memetik kenyataan Putera Hamzah yang menyatakan sebab keputusan itu.




Kredit foto: Al Jazeera/AFP




"Selepas apa yang saya sentuh dan saksikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya membuat kesimpulan bahawa keyakinan peribadi saya dan nilai-nilai yang diterapkan oleh bapa saya dalam diri saya, dan yang saya cuba bersungguh-sungguh dalam hidup saya untuk mematuhi, tidak selaras dengan pendekatan, trend dan kaedah moden institusi kita.


"Jadi dari perspektif kesetiaan kepada Tuhan dan hati nurani yang baik, saya tidak nampak pilihan lain kecuali menyerah dan melepaskan gelaran putera raja," tulis Putera Hamzah dalam kenyataannya.


Bulan ini, Mahkamah Diraja Jordan menerbitkan surat permohonan maaf yang dikatakan berasal dari Putera Hamzah, abang tiri Raja Abdullah II, yang bertelagah dengan raja tahun lalu.


Media kerajaan pada April berkata, bahawa Putera Hamzah cuba menggugat kestabilan kerajaan dan terbabit dalam plot yang mengancam takhta.


Kerajaan Jordan melancarkan siasatan keselamatan tahun lalu selepas mendedahkan bahawa seorang bekas menteri, ahli keluarga diraja dan beberapa individu lain cuba menyasarkan 'keselamatan dan kestabilan' negara itu, lapor Agensi Berita Jordan, Petra, pada masa itu.


Dua orang yang dikaitkan dengan Putera Hamzah disabitkan dengan hasutan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada Julai. Mahkamah keselamatan mengendalikan kes itu.


Lelaki yang dipenjarakan ialah Bassem Awadallah, bekas ketua Mahkamah Diraja, dan Sharif Hassan, ahli keluarga diraja.


Putera raja itu sudah 10 bulan tidak kelihatan di khalayak ramai.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:55 AM | Show all posts
cubaan menggulingkan raja kot

Hamzah ni anak dari kuin americano kan? abdullah II pulak anak dari bini british. salah sorg abg/adik lg meninggal dlm jel di US lepas bunuh mak sundirik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 5-4-2022 06:55 AM
cubaan menggulingkan raja kot  

Hamzah ni anak dari kuin americano kan? abdullah II pulak anak da ...

BRF tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigi arnab
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 5-4-2022 08:46 AM

Lepaskan title tapi still kaya raya....mende le nak gulingkan abang kau, duduk diam2 makan harta 40 keturunan tak habis tu kan lagi afdal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 5-4-2022 08:31 AM
Lepaskan tahta tapi still kaya raya....mende le nak gulingkan abang kau, duduk diam2 makan harta 40  ...

Ingatkan nak lepaskan gelaran outera raja sbb nak kawin dgn rakyat jelata mcm citer dulu Kala hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 12:58 PM | Show all posts
Jordan royals ni yang kena game dgn British selepas dijanjikan dapat Arab (Saudi) tapi tak dapat kan?

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 01:00 PM | Show all posts
Sekadar nak bebas dari protocol yang datang dengan gelaran tu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 01:19 PM | Show all posts
Seorang putera di sebuah negeri dalam negara di Asia tenggara ni bila nak lepaskan gelaran?

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 01:31 PM | Show all posts
dah macam plot cerita Black Panther pulak

20 years later, tiba2 anak dia claim takhta. sebab dia salah seorang pewaris yang layak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 01:46 PM | Show all posts
Edited by xAthenax at 5-4-2022 03:02 PM

Prince Hamza ni anak King Hussein dengan Permaisuri Noor
Dari dulu maknya gigih nak anak dia ni jadi  Raja Jordan, sedangkan dia adik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 4-4-2022 04:31 PM
Lepaskan title tapi still kaya raya....mende le nak gulingkan abang kau, duduk diam2 makan harta 40  ...

Ada 2 prince's cuba luck mahu independent di silicon valley ... Seorang selepas few years cuba last last bawa bapa juga untuk invest high tech company... 1 orang lagi memang famous... Still guna influence nama keturunan... Depa ini tidak mampu survived seperti kita..... Buat malu dengan budak high school 14.. 15...16 yo self made millionaire....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:38 PM | Show all posts
megxit versi ereb lah nihhh? hamxit? hamzit? jorxit?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hensem pun
Hensem lg Hisyam Hamid, Zulripin
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 5-4-2022 06:55 AM
cubaan menggulingkan raja kot  

Hamzah ni anak dari kuin americano kan? abdullah II pulak anak da ...

Queen mana yg kena bunuh? Alia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 5-4-2022 01:46 PM
Prince Hamza ni anak King Hussein dengan Permaisuri Noor
Dari dulu maknya gigih nak anak dia ni jadi ...

Ada cite mmg mak dia la yg suruh sampe kes ni ada.
dia pun dulu boleh dpt gelaran putera mahkota bcs king hussein kena hasut bini fav je.

Nasib baik la thun 2009 tu king abdullah II berani lawan and ganti waris ganti. Jordan royal ni mmg tak kalah byk scandal diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 5-4-2022 06:55 AM
cubaan menggulingkan raja kot  

Hamzah ni anak dari kuin americano kan? abdullah II pulak anak da ...

Chuollss u forget satu kes lagi la. Adik pompuan the king yg kahwin dgn raja dubai tu. Tu pun penuh scandal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:12 PM | Show all posts
becir replied at 5-4-2022 09:43 PM
Queen mana yg kena bunuh? Alia?

Rase bukan chuolss, queen alia tu heli crash la. Iolss ingat dulu ada baca article about her, baru 28thun la xsilap queen tu dah kena heli crash. Iolss ingat bini favorite the king tu alia ni la. Klu noor tu bini "bossy" sampai dia suruh the king tuk buat anak diorang prince hamzah tuk jdi putera mahkota pahal hamzah tu bukan anak sulong pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatsofunnyth replied at 5-4-2022 10:12 PM
Rase bukan chuolss, queen alia tu heli crash la. Iolss ingat dulu ada baca article about her, baru ...

Patutlah bila dolah naik jadi raja heols ditch mezah ni, lantik anak heols jadi putera mahkota.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 5-4-2022 06:55 AM
cubaan menggulingkan raja kot  

Hamzah ni anak dari kuin americano kan? abdullah II pulak anak da ...

Sepatutnya dia yg dapat takhta tup2 yg skrg naik
Kuin skrg ni kuat berbelanja
Laki bini sama je tapi rakyat miskin tegar
Adik ppuan dia yg lari drpd suami ambik duit anak bg dkt abg dia utk perbelanjaan yestana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.268745 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list