CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 1

[Tempatan] Hanya 30 peratus anggota bomba bercuti Aidilftiri ini

[Copy link]
Post time 6-4-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Hanya 30 peratus anggota bomba bercuti Aidilftiri ini


FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hanya akan membenarkan 30 peratus pegawai dan anggotanya untuk bercuti sempena Aidilfitri kali ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, selebihnya mereka akan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan.

Beliau berkata, walaupun hanya 30 peratus dibenarkan bercuti, ia bergantung kepada keadaan semasa bagi negeri-negeri yang berpotensi berlaku kebakaran.

"Antaranya negeri-negeri yang terkesan dengan kekeringan akibat kemarau dan berpotensi untuk berlaku kebakaran dalam tempoh yang panjang dan kami akan catu cuti mereka (pegawai dan anggota).

"Kalau tidak cukup keanggotaan, maka kami akan membekukan (cuti) mereka," katanya kepada Bernama, hari ini.

Sementara itu, JBPM akan melancarkan Op Raya Bomba pada 26 April ini sebagai langkah siap siaga menghadapi sambutan Aidilfitri.

Mohammad Hamdan berkata, rondaan akan dibuat di kawasan perumahan yang menjadi titik panas kebakaran seminggu sebelum dan selepas hari raya pertama.

"Rondaan dibuat bagi melihat aspek risiko kebakaran dan memastikan tiada keberbahayaan yang boleh memudaratkan komuniti dan penghuni rumah atau bangunan-bangunan terlibat.

"Kami juga ingin memastikan bangunan-bangunan ini dalam keadaan selamat dan mengenal pasti sebarang punca yang boleh menyebabkan kebakaran supaya tindakan boleh diambil," katanya.

Beliau berkata, JBPM juga akan memantau bangunan pengurusan komersial seperti pusat beli-belah yang kini aktif beroperasi susulan kemasukan negara ke Fasa Peralihan Ke Endemik supaya selamat dikunjungi daripada segi keselamatan kebakaran dan kemalangan.

Menurutnya, pihaknya juga akan bersedia di kawasan rehat dan rawat di lebuh raya yang dikategorikan sebagai titik panas kemalangan bagi memantau keselamatan pemandu yang pulang ke kampung masing-masing.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cuti-aidilftiri-ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 06:20 PM | Show all posts
Habis kalau semua balik kampung tetiba berlaku kebakaran atau kecemasan siapa pulak nak bantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.172383 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list