CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 3

"Harini I Pergi Ambil Kad Nikah Kita Sayang" - Sayu Ziarah Pusara Suami Lepas 18 Hari Nikah

[Copy link]
Post time 8-4-2022 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Abil




Beberapa bulan lepas, tular sebuah kisah mengenai seorang wanita yang reda apabila suaminya meninggal dunia akibat nahas lebuh raya.


Lebih menyedihkan, wanita yang dikenali sebagai Abil ini hanya sempat bergelar sebagai isteri selama 18 hari sahaja sejak berkahwin pada Januari lepas.


Sejak kematian suaminya, dia kerap menziarahi pusara Allahyarham bagi melepaskan perasaan rindunya.





Baru-baru ini, Abil berkongsikan video baru di akaun  TikTok miliknya. Menerusi perkongsian itu kelihatan dia telah diajak oleh ibu mertuanya untuk mengambil kad nikah mereka di pejabat agama.


Ketika sampai, staf di pejabat tersebut sempat bertanya kepada ibu mertuanya di manakah pasangan pengantin itu. Namun, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta terus ibu mertuanya mengalirkan air mata.


Sumber: Tiktok Abil







Selesai mengambil kad nikah di pejabat agama, Abil dan ibu mertuanya terus menziarahi pusara suaminya.


Menurut Abil, kad nikah tersebut merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh suaminya, namun hajatnya untuk melihat kad berkenaan tidak kesampaian. Namun, Abil tetap membawa kad nikah itu ke pusara suaminya kerana mahu menunaikan hasratnya sebelum ini.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak mendengar cerita Abil dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka juga berada dalam situasi yang sama dengan Abil. Kebanyakan netizen juga tampil memberikan nasihat dan semangat agar dirinya kuat hadapi segala dugaan.




Sumber: Tiktok Abil




Semoga Abil cekal menghadapi tempoh sukar ini. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 10:53 AM | Show all posts
cakap pasal kad nikah ni iollss da masuk 6 tahun kawen pun takde buat kad nikoh lagi..malasnyeehhh nak gi kat pejabat kadi bila anak da berderet ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:59 AM | Show all posts
dah kawin 13 tahun, kad nikah pun tak ada...ntah kenapa time i nak buat tu pejabat agama kata tak dikeluarkan buat masa tu.dah merantau ke negeri lain sampai sudah tak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:48 PM | Show all posts
mmg wajib ada ke? 13 tahun kawen dah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.340806 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list