View: 477|Reply: 0
|
[Johor]
Remaja 14 tahun antara ditahan merempit
[Copy link]
|
|

SERAMAI 124 saman dikeluarkan dalam Op Cegah Jenayah dan Op Mat Rempit. FOTO ihsan POLIS
Johor Bahru: Seramai sembilan individu ditahan termasuk remaja lelaki berusia 14 tahun dalam Operasi Khas Samseng Jalanan Mat Rempit yang dijalankan seluruh negeri ini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, semua yang berusia 14 hingga 29 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, sebanyak 515 saman POL 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seramai 2,756 individu diperiksa membabitkan 1,950 kereta dan 1,006 motosikal.
"Sebanyak 105 kenderaan disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Operasi yang membabitkan kekuatan 425 pegawai dan anggota itu dilakukan bagi menangani masalah samseng jalanan yang dilihat semakin berleluasa," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Kumarasan, golongan berkenaan sering melakukan pelbagai aksi bahaya selain lumba haram dan mengubahsuai motosikal yang jelas membahayakan diri sendiri juga orang lain
"Menjadi kebanggaan dalam kalangan mereka apabila berjaya melakukan aksi-aksi berbahaya dan memuat naik ke media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan sebagainya.
"Budaya ini menjadi trend malah tidak serik walaupun beberapa kali terbabit dengan kemalangan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang sama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ra-ditahan-merempit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|