CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Ada sinar taekwondo dapat emas

[Copy link]
Post time 27-4-2022 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Hidayah dan Jason Loo meraih pingat perak di Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Goyang, Korea Selatan. FOTO Arkib

Kuala Lumpur: Pasukan taekwondo negara melaungkan amaran awal kepada peserta negara lain di temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam bulan depan apabila berjaya meraih keputusan positif pada Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Goyang, Korea Selatan, baru-baru ini.

Jelas sekali kejayaan Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo Jun Wei meraih pingat perak dalam kategori Poomsae menyuntik semangat kem taekwondo negara untuk mempamerkan aksi lebih mantap seterusnya meraih keputusan positif di kejohanan dwi tahunan itu.

Pengurus pasukan Ong Thiam Hock berkata, kejayaan terbabit boleh dikatakan sebagai platform kepada skuad taekwondo negara untuk memperbaiki kelemahan supaya tampil lebih meyakinkan di temasya Sukan Sea Hanoi kelak.

Beliau berkata, kejohanan dunia itu yang sedia maklum menghimpunkan peserta terbaik dunia turut membuktikan wakil negara masih lagi berbisa walaupun hampir dua tahun tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif berikutan pandemik Covid-19.

"Melihat kepada kejayaan di kejohanan dunia kita mampu meraih tempat kedua kemungkinan di temasya Sukan Sea Vietnam akan mencipta lebih banyak kejayaan untuk negara.

"Kami tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang namun tetap akan membawa pulang sesuatu untuk negara apabila bertandang ke Vietnam," katanya.

Mengikut rekod, kejohanan dunia yang berlangsung sejak minggu lalu menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat perak untuk kategori beregu campuran Bawah 30 tahun.

Pada Jumaat lalu, Hidayah dan adiknya Nur Humaira bersama Lim Jia Wei memenangi pingat gangsa dalam kategori Bawah 30 tahun berpasukan wanita.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aekwondo-dapat-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.064766 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list