CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

Terjun wajib bawa pulang lapan emas di Hanoi

[Copy link]
Post time 30-4-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode

PANDELELA Rinong (kiri) ketika bergandingan dengan Leong Mun Yee pada Sukan Olimpik Tokyo, tahun lalu.

  
PETALING JAYA: Tiada istilah tidak atau sebarang alasan buat skuad terjun negara untuk tidak membawa pulang lapan emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang dija­dual berlangsung 12-23 Mei ini.

Berdasarkan status dimiliki Malaysia yang menjadi antara kuasa besar sukan terjun Asia dan dunia, skuad negara sepatutnya tidak berdepan masalah untuk merealisasikan sasaran berkenaan di temasya peringkat Asia Tenggara itu.

Enggan memandang mudah cabaran dari negara lain, Malaysia membariskan skuad terkuat, apabila turut menurunkan tiga atlet Olimpik iaitu diketuai Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng.

Cabaran lelaki diketuai dua penerjun senior iaitu Ooi Tze Liang dan Syafiq Puteh.


LEONG MUN YEE

Mengambil kira dua temasya sebelum ini, iaitu di Manila 2019 dan Kuala Lumpur 2017, skuad terjun negara menyapu bersih kesemua pingat dipertandingkan iaitu empat dan 13 emas.

Pengurus pasukan, Datuk Leong Mun Yee, optimis dengan keupayaan dimiliki barisan pe­nerjun negara untuk merea­lisasikan sasaran.

“Memang itulah sasaran kita, memandangkan lapan acara akan dipertandingkan pada Sukan SEA. Kita mahu sapu bersih pingat emas terjui,” katanya yang pernah memenangi 17 emas dalam Sukan SEA.

Di sebalik, harapan besar, Mun Yee melahirkan kebimba­ngan terhadap fasiliti baharu di Pusat Akuatik My Dinh.

Kata Mun Yee, antara yang membimbangkannya adalah keadaan papan serta platform pertandingan.

“Semua fasiliti baharu, jadi kita kena uji keadaan papan serta platform dahulu. Ini ke­rana semua penerjun kita akan melakukan darjah kesukaran terjunan yang tinggi,” jelasnya.

Lapan acara dipertandingkan adalah 10 meter platform seirama lelaki dan wanita; 3m papan anjal seirama lelaki dan wanita; 3m papan anjal individu lelaki dan wanita serta 1m papan anjal individu lelaki dan wanita. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... apan-emas-di-hanoi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.324000 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list