CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

Skuad olahraga ke Sukan SEA mungkin ada rombakan

[Copy link]
Post time 1-5-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Azeem Mohd Fahmi (kanan) yang mewakili Perak ketika memenangi acara 200m individu lelaki pada kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Bukit Jalil sebelum ini. - Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil memberi bayangan kemungkinan ada rombakan dalam skuad kebangsaan di Sukan SEA Hanoi, bulan depan.

Katanya, ini termasuk bagi pelari yang bakal menggalas tugas dalam acara pecut 100 meter (m) lelaki dalam usaha mempertahankan pingat emas yang diraih di edisi Filipina 2019 dan Kuala Lumpur 2017.

"Mungkin ada perubahan dalam masa terdekat ini, tetapi saya tak dapat nyatakan lagi. Kita tunggu sehingga saat akhir," kata Manshahar yang sebelum ini memaklumkan cabaran negara dalam acara berkenaan bakal digalas Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Arsyad Md Saat selepas masing-masing layak secara merit.

"Perubahan mungkin boleh berlaku sekiranya ada atlet negara yang mengalami kecederaan dan perkara itu disahkan oleh pakar perubatan. Jadi kita boleh menukarkan atlet yang berada dalam senarai."


Pemilihan atlet dalam acara 100m menjadi persoalan apabila pelari muda negara, Muhammad Azeem Fahmi kini mendahului carta kedudukan pelari terpantas negara selepas merekodkan 10.37 saat ketika Kejohanan Kuala Lumpur All-Comers bulan lalu. Russel dan Arsyad masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas merekodkan 10.46s.

Biar siapapun yang beraksi dalam acara itu, Manshahar tetap optimis akan kemampuan pelari negara untuk mempertahankan emas dalam acara riben biru itu.

"Untuk acara pecut ini, kita tidak boleh hanya melihat di atas kertas. Sebagai contoh, pada 2017 atlet pilihan adalah Eric Cray (Filipina) berdasarkan catatan terbaiknya ketika itu namun Khairul Hafiz Jantan berjaya mengatasinya dan menang emas. Apa yang penting adalah ketika hari pertandingan.

"Tapi kita juga sedar persaingan kali ini tetap sengit antara beberapa negara lain yang kita tahu kekuatannya seperti Indonesia yang mempunyai Lalu Muhammad Zohri yang memiliki catatan terbaik 10.03s dan juga pelari Thailand, Puripol Boonson dari Thailand 10.19s," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ungkin-ada-rombakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046263 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list