CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

'Peluang terbaik akhiri kemarau 30 tahun'

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Rashid anggap ini masa terbaik julang Piala Thomas sejak kali terakhir dimenangi pada 1992.

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek percaya ini adalah masa yang terbaik untuk Malaysia kembali menjulang trofi Piala Thomas berdasarkan kekuatan dimiliki pasukan yang akan membawa cabaran negara di Bangkok, Thailand bermula esok.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, berkata skuad negara kali ini boleh dianggap antara yang terbaik ditambah dengan kejayaan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia muncul juara Asia, Ahad lalu sekali gus mampu memberi tonik tambahan untuk pemain itu memainkan peranannya menyumbang mata pertama.

Selain itu, katanya, skuad negara kali ini boleh dianggap kuat apabila turut memiliki tiga beregu berkualiti - Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin - yang mana masing-masing mempunyai peluang tinggi untuk menghadiahkan mata kepada pasukan jika diturunkan.

"Saya lihat saingan kali ini lebih terbuka kerana tidak ada satu pasukan yang betul-betul kuat kerana kebanyakannya boleh dikalahkan. Seperti China pun, rata-rata pemain mereka adalah pemain baharu manakala Jepun pula dilihat tidak konsisten termasuklah perseorangan utama mereka, Kento Momota yang mengalami kemerosotan prestasi.


"Denmark pula kita tengok mungkin memiliki kekuatan seimbang tetapi tidaklah terlalu kuat dan masih boleh ditewaskan.

"Pasukan Indonesia pula kita lihat agak bergelut dalam acara perseorangan manakala untuk beregu mereka memang ada pasangan yang kuat. Namun, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan beregu utama mereka sebelum ini (Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan)… jadi, peluang untuk menang itu ada," katanya.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi final.

Sejak itu, pencapaian terbaik skuad negara adalah empat kali muncul naib juara pada edisi 1994 di Jakarta Indonesia, 1998 di Hong Kong, 2002 di Guangzhou, China dan 2014 di New Delhi, India.

Mengulas mengenai aksi membabitkan perseorangan kedua dan ketiga yang hampir pasti digalas Liew Daren dan Ng Tze Yong, Rashid yang turut membarisi pasukan ketika muncul juara pada 1992, berkata kemampuan kedua-dua pemain itu tidak boleh dipandang rendah kerana mereka berpotensi untuk melakar kejutan.

"Walaupun ranking mereka jauh tetapi kita tetap perlu beri sokongan dan semangat. Seperti Daren, dia adalah seorang pemain yang berpengalaman dan dari segi taktikal memang pemilihan Daren sebagai perseorangan kedua adalah tepat.

"Tze Yong pula pernah bermain dalam Piala Thomas tahun lalu dan pengalaman itu akan membantunya untuk menggalas tugas sebagai perseorangan ketiga," kata Rashid.

Di Bangkok, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Amerika Syarikat (AS) dengan dua pasukan teratas layak ke suku akhir.

Skuad negara akan membuka tirai kempen bertemu England pada Isnin ini sebelum menentang AS sehari selepas itu dan mengakhiri aksi peringkat kumpulan berdepan Jepun pada Rabu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ri-kemarau-30-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054804 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list