CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2904|Reply: 44

[Tempatan] Disangka gempa bumi, rupanya tong gas jiran meletup sis!

[Copy link]
Post time 10-5-2022 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-5-2022 03:10 PM

SEBERANG PERAI – “Suasana seperti gempa bumi. Lebih cemas apabila ada yang berlari dengan kulit terbakar dan berlumuran darah.”

Demikian dakwaan seorang jiran yang menyifatkan kejadian letupan gas memasak yang bocor di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal di sini kelmarin, seperti bencana gempa bumi sehingga bumbung rumahnya ‘berlubang’ akibat impak kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lima sekeluar­ga berusia lima hingga 35 tahun yang menjadi mangsa letupan gas berlari dalam keadaan sebahagian kulit terbakar dan berlumuran darah ke rumah jiran bagi meminta pertolongan.

Jiran mangsa, Mohd. Hashim Ahmad, 41, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila rumahnya yang terletak bersebelahan turut rosak akibat impak letupan berkenaan.

“Akibat kejadian, sebahagian siling rumah saya selain beberapa peralatan elektrik rosak. Ketika kejadian, saya berada di dalam bilik, manakala isteri dan anak berada di ruang tamu sebelum terdengar satu dentuman kuat.

“Saya ingat gempa bumi. Rupa-rupanya ada letupan di se­belah rumah. Terus saya bawa isteri dan anak keluar dari rumah dan melihat orang ramai sudah berkumpul,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Akibat kejadian juga beberapa buah rumah lain rosak apabila sebahagian dinding konkrit dan siling runtuh.

Seorang saksi kejadian, R. Sumathi, 44, berkata, mereka yang cedera terdiri daripada dua anak perempuan pemilik rumah itu yang berusia 14 dan 20 tahun, bapa saudara berusia 35 tahun serta pasangan kembar kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

“Saya difahamkan mereka baru pulang daripada menjual bunga di pekan Nibong Tebal dan anak pasangan tersebut berusia 20 tahun yang membuka pintu rumah dengan empat ahli keluarganya yang lain berada di perkarangan rumah semasa letupan berlaku. Ayah serta ibunya masih dalam kenderaan,” katanya.

Ujar Sumathi, lima mangsa yang cedera itu pergi ke rumah­nya yang terletak bersebelahan untuk meminta tolong.

“Mereka berlari ke rumah saya sambil menangis dan meminta tolong. Mangsa menjerit memberitahu gas meletup, gas mele­tup,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumathi yang juga rakan baik keluarga mangsa berkata, dia terkejut melihat mangsa berlumuran darah dengan kulit yang hampir tersiat berada di hadapan rumahnya.

“Tanpa berlengah, saya membantu menghantar mereka ke Hospital Sungai Bakap, manakala mangsa yang cedera ringan menaiki kereta rakan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh berkata, kejadian berlaku ketika salah seorang mangsa membuka pintu rumah.

“Mereka yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dengan seorang kanak-kanak lima tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, tiga buah rumah yang setiap satu berkeluasan kira-kira 74 meter persegi musnah pada beberapa bahagian.

https://www.kosmo.com.my/2022/05/10/letupan-gas-macam-gempa-bumi/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil sangat tong gas tu nak meletup gitu. Mesti kebocoran regulator atau hose. Tak pernah check selama guna.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Camne boleh meletup ye bila buka pintu? Ada spark ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:49 AM | Show all posts
mejaputih replied at 10-5-2022 11:15 AM
Camne boleh meletup ye bila buka pintu? Ada spark ke?

nak tahu juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila gas mampat dalam rumah
Telefon berdering pun boleh cetuskan letupan

Macik tengok dalam movie
Wakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 10-5-2022 04:06 PM
mejaputih replied at 10-5-2022 11:15 AM
Camne boleh meletup ye bila buka pintu? Ada spark ke?


Kita syak puncanya sama ada dari discaj geseran kunci dan tombol besi, atau suis lampu atau kipas yang ditekan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 10-5-2022 04:02 PM
Kita syak puncanya sama ada dari discaj geseran kunci dan tombol besi, atau suis lampu atau kipas  ...

Ooo bahayanya...benda jarang berlaku tp bila berlaku mmg teruk. Adakah perlu psg gas detector.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama ler macam kat stesen minyak
Isi minyak sambil dok buka tutup pintu
Siap pakej main fon tiktok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-5-2022 04:14 PM
Ooo bahayanya...benda jarang berlaku tp bila berlaku mmg teruk. Adakah perlu psg gas detector.

Selalu kalau gas bocor
Boleh bau
Tengah masak pun kalau pinau2
Sempat nak buka pintu tingkap leluas
Macik penah kena dulu
So sekarang pakai induction semata

Untuk alarm tu sesuai lah kalau kat komersial area
Pakej bunyi tit tit titttttt
Ala ala smoke detektor
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rokok blh sebab kan meletup x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik selamat semuanya..iols dulu penah kena hose bocor ke kepala hose tu rosak tah..lupa plak..gas cepat habis..mcm dlm 2 bulan gitu nak kena tukar tong gas..pastu dah beli baru, dlm 2 bulan nak kena tukar lagi..iols heran gak la..sbb utk yg jarang masak mcm iols ni,biasa dlm 4-5 bulan baru tukar..pastu soh org tong gas tu check, rupanya masalah hose..terus beli baru..mmg ada bau gas lite2 bila i tunduk nak amik barang tapi dapur gas tu, tapi x expect la gas dok bocor..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 10-5-2022 04:42 PM
Selalu kalau gas bocor
Boleh bau
Tengah masak pun kalau pinau2

Itu la ni mcm unpredicted buka pintu rumah bedebum meletup...malang tak berbau la kan kalau jadi camni...kalau kita dah already dlm rumah leh bau and cpt2 buka tingkap tutup gas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu aku sanggup bayar letrik guna induction cooker. Da kena skali pengikat hos longgar, api marak sampai ke tong gas. Menggigil tutup regulator & padam api. Alhamdulillah ada fire extinguisher.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-5-2022 04:14 PM
Ooo bahayanya...benda jarang berlaku tp bila berlaku mmg teruk. Adakah perlu psg gas detector.

Boleh cuba pasang. Kita pernah beli satu di Shopee. Cuma lama-kelamaan kita terlupa pula nak periksa dan tukar bateri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
'ko kasi balik itu tong gas'-chazey
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 10-5-2022 05:35 PM




Pautan: Hantaran FB Kavikumar Ravichandran

  

Tak pandai nak keluarkan hantaran fb ini



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 05:51 PM | Show all posts
Teruk juga keadaan rumah mangsa macam kena bom
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:53 PM | Show all posts
she replied at 10-5-2022 04:42 PM
Selalu kalau gas bocor
Boleh bau
Tengah masak pun kalau pinau2

acane bunyik dia ? tittt tiittt titttt ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 10-5-2022 05:22 PM
Boleh cuba pasang. Kita pernah beli satu di Shopee. Cuma lama-kelamaan kita terlupa pula nak perik ...

Tp klu kes spt dlm artikel ni kalau pasang pun takde guna kan sbb kalau kita psg biasanya jat dlm rumah..kejadian ni dorg dari luar rumah buka pintu nak masuk rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-5-2022 06:25 PM
Tp klu kes spt dlm artikel ni kalau pasang pun takde guna kan sbb kalau kita psg biasanya jat dlm  ...

Ya, tak berguna kerana tiada sambungan notifikasi ke telefon pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.288113 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list