View: 1152|Reply: 6
|
Pelajar Silat Mati Dipukul Dan Ditendang Jurulatih
[Copy link]
|
|
KARANGANYAR: Sesi latihan silat yang berlangsung di Karanganyar, Jawa Tengah bertukar tragedi apabila seorang daripada pelajar maut selepas dipukul dan ditendang jurulatihnya.
Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku ketika sekumpulan pelajar silat menjalani latihan pada minggu lalu.
Sesi tersebut menumpukan latihan menguatkan fizikal para pelajar.
Foto: Agensi
Dalam sesi latihan itu, kekuatan fizikal para pelajar akan diuji dengan pukulan dan tendangan oleh beberapa jurulatih.
Jurucakap polis Karanganyar, Purbo Adjar Waskito berkata, mangsa rebah dan mengalami kekejangan badan sebelum dikejarkan ke hospital.
Katanya, sebaik tiba di hospital, mangsa disahkah sudah meninggal dunia.
“Menurut keterangan beberapa saksi, mangsa dipukul dan ditendang di bahagian depan badan oleh beberapa jurulatih.
“Selepas giliran jurulatih terakhir menendang dan membuat pukulan, mangsa rebah dan sehubungan itu, polis akan menyiasat sekiranya mangsa dipukul bertubi-tubi,” katanya.
Sementara itu, jurulatih terakhir yang membuat pukulan terhadap mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan.
Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara selama 15 tahun. -CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa yg last je? pgil semue la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal2 yg last yg kena...panggil semua baru adil |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab masa latihan tu
Ada tahap2 pukulan yang boleh diterima badan
Coach yang lain sepak tak kena bahagian sensitif
Yang last tu mungkin dia sabotaj atau cuai masa sepak
Depa dah bertahun train orang
Ada beza pukul berlatih dengan pukul nak membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
memanglah pukulan bertubi² sbb 'beberapa jurulatih' tendang dari depan. sedangkan kalau sorang pun dah boleh berganjak..ini kan pula beberapa orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
"mcam mana saya nak elak...silat elak batu pakcik belum ajar"-Ajis... |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya kan kan .. martial art spt silat ni tak ada sparring gear. Patut kena guna la kan bila practice supaya dpt elak kematian, pecahan organ dalaman etc. |
|
|
|
|
|
|
| |
|