CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 5

[Tempatan] Zizie Izette mengaku terima RM2.8 juta

 Close [Copy link]
Post time 10-5-2022 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2022 05:53 AM

Zizie Izette mengaku terima RM2.8 juta[size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]BERNAMA




BUNG Moktar Radin bersama isteri Zizie Izette hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumur Mac lalu. FOTO Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengaku menerima RM2.8 juta daripada seorang perunding unit amanah kerana memperkenalkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata Zizie Izette memaklumkan beliau menerima wang pengenalan itu daripada Norhaili Ahmad Mokhtar semasa rakaman percakapan pelakon terbabit diambil oleh SPRM pada 27 Julai 2016.

"Saya tidak ingat berapa kali Datin Seri Zizie Izette memaklumkan perkara itu (wang pengenalan RM2.8 juta) tetapi memang ada," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk K.Kumaraendran mewakili Zizie Izette pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Kumaraendran: Adakah kamu bersetuju bahawa isu 'introduction fee' (wang pengenalan) daripada Norhaili dimaklumkan kepada SPRM pada 27 Julai 2016 dan Mohd Haris menjawab: Setuju.

Dalam prosiding sebelum ini, Norhaili memberitahu mahkamah bahawa Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu memandangkan beliau memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Bung Moktar adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu.

Mohd Haris, saksi pendakwaan ke-27 berkata rakaman percakapan Zizie Izette diserahkan kepadanya selepas seorang pegawai SPRM selesai merekodkan rakaman percakapan selebriti itu.

Penguasa Kanan SPRM itu juga bersetuju dengan cadangan peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar, bahawa rakaman percakapan Zizie Izette dibuat mengikut Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM 2009 dan 'introduction fee' telah dinyatakan dalam rakaman percakapan tersebut.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengapa rakaman percakapan pasangan suami isteri itu dibuat di bawah Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM 2009, Mohd Haris berkata semasa itu rakaman percakapan diambil sebagai rakaman saksi kerana tiada tangkapan dibuat terhadap mereka.

Menurut Mohd Haris, beliau kemudiannya melengkapkan kertas siasatan dan mengemukakan syor kepada bahagian pendakwaan supaya Bung Moktar dan Zizie Izette didakwa di mahkamah.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 17 Mei ini.
– BERNAMA
TAG: mahkamah, rasuah, Bung Moktar, Zizie Izette, wang pengenalan


Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 1:06pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2022 09:52 PM | Show all posts
Bila agaknya sampah sampah masyarakat ni nak dipenjarakan.

Saya maksudkan semua di antara mereka yang mengamalkan rasuah di Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng etis freehair kaki ronggeng tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:28 AM | Show all posts
tak malunya lps ni masih jadi MP ke???
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Zizie Izette Gebus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042132 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list