CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 19

[Tempatan] Isu2 filght lewat yg viral. AirAsia mohon maaf. Nak bantuan, maklumat lain chat guna AVA. Sekian

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Penerbangan lewat, AirAsia mohon maaf
Bernama -
May 10, 2022 9:15 PM


KUALA LUMPUR: AirAsia mengambil maklum dan memohon maaf kepada tetamu yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua tetamu dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga berkata, antara faktor yang menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini ialah permintaan untuk penerbangan domestik telah naik dengan sangat mendadak dan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

“AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula sepertimana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya.

Riad berkata, selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing serta panahan petir sehingga menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan ini.

Beliau berkata, keutamaan AirAsia buat masa ini ialah meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua tetamu tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Katanya, setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, tetamu boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

sumber: freemalaysiatoday.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendengar “Kesulitan anda amat kami kesali” tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 salah puspakom queue panjang lepas Raya kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semudah tu jer minta maaf. Dah menyusahkan consumer.
Patut kena refund separuh duit customer.
Kalau tak nak refund pun, subs lah dengan diskaun 50% on your next flight ker.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau kapal tak cukup apasal jual tiket? Ni dapatkan duit dr org ramai lepas tu lantakler penumpang naik ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:06 AM | Show all posts
aku tengok so far memang airasia & malindo memang buat hal time raya ni.... malindo dengan asyik cancel & rebook flight nya.. dah la masa diawalkan plak tu. orang nak spend more time dengan famili... dia plak tukar sesuka hati, jadi masa dgn family memang huru hara lah. da la raya pun huru hara. pastu airasia asyik-asyik delay la, retime la... mas so far tak dengar apa. ok ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 08:15 AM | Show all posts
semua tak ready bila pagar pkp dibuka sebenarnya...lembu lembu terus berlari keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:42 AM | Show all posts
judicata replied at 11-5-2022 08:06 AM
aku tengok so far memang airasia & malindo memang buat hal time raya ni.... malindo dengan asyik can ...

MAS plak tadak ekon...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 08:48 AM | Show all posts
senangnya minta maaf gtu je
settle kes
konon2 menteri suruh bagi jawapan dalam masa 24 jam
itu je la penyelesaiannya
hujung2 buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
..lawyer AA mohon beri sepatah 2 kata..mencemar duli
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Moralnya ialah amik lah travel insuran boleh claim kalau flight delay or kensel...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:08 AM | Show all posts

masalah teknikal skali okeh la kot... banding aa & malindo opps batik air nih overbooked flight pastu delay suka suki. eeeeee... geram aku. 2-2 aku guna masa time raya ok? memang menaikkan amarah je sebab 2-2 airline tukar flght aku. ada reason kot aku pilih time & date tu kacau abis schedule keja aku time raya. dah la raya pun terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:16 AM | Show all posts
Teruk sangat ke delay Airasia sekarang ni? Baru bercadang nak jalan-jalan makan angin ke Kelantan bawak baby kecik lah tapi. Takut kalau asyik delay dia meragam susah pulak. Nak naik kereta jauh sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:35 AM | Show all posts
kesian adik aku ngan ank2 semlm nk blik miri asik delayed..sngnye ko mtk maap kn?klu kita nie terlmbt ckit ke ko yg tkr gate sana cni mcm org giler msti dh xleh msk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 03:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu nak darah naik skala pre hypertension..cubalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 05:57 PM | Show all posts
Siap ler si AVA jadi mangsa nak kena menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ava tu mmg customer servpaling tersial sekali! Apa2 semua robot jwb xguna xdpt bantu cm hanat. Baik gi mampos je lah ava!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 11-5-2022 07:34 AM
Dah tau kapal tak cukup apasal jual tiket? Ni dapatkan duit dr org ramai lepas tu lantakler penumpan ...

kot boleh himpit2,gayut2..cam naik bas mini zaman Amid & dharma....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiii! Mintak maaf je ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043740 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list