CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4177|Reply: 44

[Jenayah] Paling toksik, 5 doktor pembuli telah dikenalpasti di Hospital Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-5-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 11-5-2022 02:54 PM

GEORGE TOWN – Nama lima doktor yang didakwa sebagai ‘pembuli’ di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, lima doktor berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kes seorang doktor pelatih HPP yang maut akibat terjatuh dari sebuah apartmen di Jalan Datuk Keramat baru-baru ini.

“Saya telah menghantar nama lima doktor yang didakwa sebagai pembuli di HPP untuk diperiksa oleh menteri dan YB (Yang Berhormat) Khairy Jamaluddin telah menjawabnya.

“Nama yang dikemukakan ini bukan berkaitan dengan kes kematian doktor pelatih kerana kes ini masih dalam siasatan polis,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih HPP dilaporkan maut selepas terjatuh dari aras 23 sebuah apartmen disewanya di Jalan Dato Keramat di sini, 17 April lalu.

Susulan kes berkenaan, KKM menubuhkan ‘taskforce’ bebas bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih itu dan pasukan bertindak itu juga berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.

Mengulas lanjut Norlela, nama lima doktor yang diserahkan kepada KKM tersebut didakwa sebagai mereka yang paling toksik.

“Saya serahkan nama doktor tersebut setelah membaca bahawa Exco Kesihatan Negeri Sembilan turut melakukan perkara ini dengan menyerahkan dua nama kepada Menteri Kesihatan,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2022/05/11/exco-pulau-pinang-serah-nama-lima-doktor-pembuli/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow...tolong reveal kan....buruk perangai doktor kerajaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 la tunjok muke para pembuli ittew..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
“Nama yang dikemukakan ini bukan berkaitan dengan kes kematian doktor pelatih kerana kes ini masih dalam siasatan polis,” katanya di sini hari ini.

Konfiden je.. mana dia tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 11:19 AM | Show all posts
kat twidder banyak juga doktor kena expose..
buli la.. sexual harassment la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
cop! kenapa muntri plak yg handle. Muntri membuli (read as: buli mental kita2 kes rasuah & macam2 tapi masih bebas bergerak dgn denda seciput) bebas sebebas bebas nya. Gundek muntri lagi best.. takde sumbangan apa2 aleh2 makan duit kopi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 11-5-2022 11:21 AM
cop! kenapa muntri plak yg handle. Muntri membuli (read as: buli mental kita2 kes rasuah & macam2 ta ...

Karang menteri tak handle netizen kutuk menteri tak wat keje plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 11-5-2022 11:27 AM
Karang menteri tak handle netizen kutuk menteri tak wat keje plak

ada mma mmc segala mm takde power berbanding muntri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 11:55 AM | Show all posts
mesti 5 org toksik tu tgh panas bontot
dah terlamberttt kalau nak buat baik dgn junior2 lain..
tunggu jelah tindakan dari HQ
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas tu depa plak claim dibuli secara mental (kene kecam berjemaah di medsoc)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:08 PM | Show all posts
stop kan pembuli ni semua sedari awal terutama di sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:09 PM | Show all posts
libra_gurlz replied at 11-5-2022 11:55 AM
mesti 5 org toksik tu tgh panas bontot
dah terlamberttt kalau nak buat baik dgn junior2 l ...

belum tentu lagi ni tengok macam mana dia defend

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:46 PM | Show all posts
5 acik cleaner pembuli takde ka?

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 01:20 PM | Show all posts
kebenaran akan terbukti, yang di dalam akan tahu politik & warna sebenar profession medikal ni. bukan semua tetapi inilah true color yang tidak nampak oleh sekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Kinah Bongsu (bukan nama sebenar) senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:07 PM | Show all posts
maksud buli ni apa. dia kasi kerjalebih masa ke? extra oncall?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 02:10 PM | Show all posts
we want photos
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by addamnor at 11-5-2022 02:53 PM

Some departments di hospital ini buat round pun dlm bahasa cina. Sangkak gila. HUSM kat kubang kerian pun round dlm English and Bahasa Melayu standard, bukan BM accent budu., yang sepital sangkak ini igt China mainland ke nak buat round dlm bahsa ahso? Dasar bangsa racist.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:13 PM | Show all posts
bulalof replied at 11-5-2022 12:08 PM
stop kan pembuli ni semua sedari awal terutama di sekolah.

buli boleh jadi kat mana-mana peringkat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:23 PM | Show all posts
Entah entah nama tu kambing hitam je. Yang lagi kuat membuli pangkat lagi besar lek lek je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.409622 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list