CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 7

[Tempatan] Kanak-kanak umur empat tahun, hiperaktif kena dera dgn guru taska

[Copy link]
Post time 11-5-2022 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Dera kanak-kanak hiperaktif, guru taska ditahan polis
BERNAMA

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai didera guru taska di sebuah taska di Tampoi, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, satu laporan polis mengenai kejadian berkenaan dibuat oleh ibu kanak-kanak itu semalam susulan video kejadian dera itu tular menerusi media sosial.

Beliau berkata, kanak-kanak itu yang juga seorang hiperaktif dan masalah lambat bercakap ditempatkan oleh ibu bapanya di taska berkenaan yang turut beroperasi sebagai pusat jagaan untuk kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

"Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV) taska mendapati guru berkenaan telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami lebam atas telinga kanan dipercayai didera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang wanita berusia 24 tahun iaitu guru di taska berkenaan di tepi Jalan Putih, Skudai, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, wanita itu direman hingga 17 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563 122.

Disiarkan pada: Mei 11, 2022 @ 4:23pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 05:55 PM | Show all posts
Siap ler cikgu tu nak menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pendera ini gemuk gedemps seperti biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tekap bantal, meninggal kang selamat jalan ke penjara... Takkan tak tahu even dera camni.. Pendek akal ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 11-5-2022 06:34 PM

Benci mcm mana pun kat kanak2 camni jgn la dera. Kalau tak mampu nk uruskan just bitau jela kat mak pak budak tu.

Nak kata mak pak tu salah hantar tempat dah betul dah taska tu katanya ada terima kanak2 berkeperluan khas ni.
Kejam sangat sampai tekup muka budak kecik kat bantal. Ko nak bunuh dia ke apa?!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Taska berdaftar tak ni?
Owner pilih cikgu sembrono je ke?
Bilangan cikgu cukup tak? Nak2 bila ada bdk2 berkeperluan khas tu. Ada je owner yg kedekut..duit parents nak tp cikgu tak cukup. 3 org cikgu je (termasuk owner) utk handle bdk2 tadika,  transit & bpk. Bpk tu je ada 10 org. Kalau macam ni memang cikgu2 boleh stress.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe perlu ada dana khas atau some sort of tojen from gov so that cikgu ckp..btl...blh stress handle bdk ramai2 klu x ckp cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nk tahu fizikal pendera.. mcm bainun jugak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043721 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list