CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 17

[Tempatan] BNM naikkan OPR sebanyak 25 mata asas daripada 1.75% kepada 2.00 %

[Copy link]
Post time 11-5-2022 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kluangman at 11-5-2022 06:28 PM

https://www.bharian.com.my/bisne ... putusan-naikkan-opr

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuaratnya hari ini memutuskan untuk menaikkan Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Bank pusat dalam kenyataannya berkata, pembukaan semula ekonomi global berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi.Ia berkata, hal ini mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

Katanya, tekanan inflasi telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tertekan dan keadaan permintaan yang kukuh, khususnya di Amerika Syarikat (AS).

"Kesannya, beberapa bank pusat dijangka membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas bagi mengurangkan risiko inflasi. "Prospek pertumbuhan global akan terus dipengaruhi oleh perkembangan berhubung dengan konflik di Ukraine, COVID-19, keadaan rantaian bekalan global, kejutan harga komoditi dan ketidaktentuan pasaran kewangan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi ekonomi Malaysia, BNM berkata, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan. Ia berkata, pasaran pekerja terus disokong oleh kadar pengangguran lebih rendah, penyertaan tenaga kerja lebih tinggi dan prospek pendapatan yang lebih baik.

Katanya, peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 akan memperkukuh kegiatan ekonomi, sejajar dengan pelonggaran sekatan selanjutnya dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

"Aktiviti dan prospek pelaburan juga bertambah baik, disokong oleh realisasi projek berbilang tahun dan prospek pertumbuhan yang positif. "Bagaimanapun, risiko terhadap pertumbuhan masih wujud, termasuk pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan, gangguan rantaian bekalan yang bertambah teruk dan perkembangan buruk berhubung dengan COVID-19," katanya.

Bank pusat memaklumkan, inflasi keseluruhan diunjurkan berpurata antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus pada 2022. Katanya, memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2022.

"Namun, tekanan harga menaik akan dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.
"Prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutama daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine serta gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, di samping langkah dasar dalam negeri mengenai harga yang ditadbir," katanya.

BNM menambah, sepanjang krisis COVID-19, OPR dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 1.75 peratus, bagi memberikan sokongan terhadap ekonomi.

Ia menjelaskan, keadaan pandemik yang pertama kali berlaku sehingga memerlukan tindakan sedemikian kini telah pun reda. "Dengan pertumbuhan dalam negeri yang semakin kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mula mengurangkan tahap akomodasi monetari. "Pengurangan ini akan dilaksanakan secara terkawal dan
beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..xde lgsg Komen kat sini ke..meh kaka donate satu

Pas pru nnt naik lg br huhuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:02 PM | Show all posts
naik balik la monthly installment ek....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
So yg personal loan better amek rate or floating
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah akak komen sis. Biji aprikot banyak khasiatnya dekkkkkkkkkk…..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:11 PM | Show all posts
Bongbong memang election. Filipina cuti tak minggu depan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak bernafas balik. Semua naik ek. Gile betul. Kang ada effects insurance tak? Kang tiber semua benda naik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabenor Bank Negara tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 05:36 PM | Show all posts
sori iols buta ekonomi...ada impact kat BLR tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 07:02 PM | Show all posts
mejaputih replied at 12-5-2022 05:36 PM
sori iols buta ekonomi...ada impact kat BLR tak?

BLR pun naik juga lebih kurang 0.25%

https://www.theedgemarkets.com/a ... crease-br-blr-25bps
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmna nk kira kenaikan yaa?
Tadi ada nampak org komen kat fb..tetiba scroll hilang plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ko turun ke naik ke harga barang tetap naik tak turun2 kan noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 12-5-2022 07:02 PM
BLR pun naik juga lebih kurang 0.25%

https://www.theedgemarkets.com/article/maybank-rhb-banking-g ...

Huhu .kesiannya kat rakyat yg makin terhimpit huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 12-5-2022 07:02 PM
BLR pun naik juga lebih kurang 0.25%

https://www.theedgemarkets.com/article/maybank-rhb-banking-g ...

Yg loan jenis floating la kn efek? Installment naik??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda naik kita pun tau....camni lah jadi nye dgn kerajaan yg tak stabil. So kenalah buat pru cepat2... salah pangkah lagi kena hanching lah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-5-2022 07:06 PM
Huhu .kesiannya kat rakyat yg makin terhimpit huhu

Nasi himpit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 12-5-2022 07:20 PM
Nasi himpit tersenyum sinis

Jgn dilupa kuah kacang/lodeh/lontong
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 12-5-2022 03:30 PM
Gabenor Bank Negara tersenyum sinis

Malausiau tidak akan mengalami hyperinflasi.
Bnm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043177 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list