CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 4

[Politik] Eloklah bubar Umno, bukannya PAS, kata Tuan Ibrahim

[Copy link]
Post time 12-5-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno yang patut dibubarkan memandangkan dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan supaya parti itu dibubarkan tidak akan menjadi kenyataan.

Sebaliknya, beliau berkata, Umno yang patut dibubarkan memandangkan dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS.

“Jika benar ada cadangan seperti itu, eloklah Umno dibubarkan kerana dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS, jika asas itu yang Umno cadangkan, tetapi ia (bubar PAS) tentunya tidak akan menjadi kenyataan.

“Kita perlu hormati hak parti politik untuk bergerak dan terlibat dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Menteri alam sekitar dan air itu berkata, paling penting sekarang ialah memperkukuhkan kerjasama politik antara satu sama lain.

Semalam, Ahmad dilaporkan berkata, PAS boleh dibubarkan memandangkan Umno turut membawa wadah perjuangan Islam selepas meminda perlembagaan parti pada 2019.

Katanya, Umno sudah meletakkan agenda mempertahan dan mendokong cita-cita Islam sebagai asas dan tujuan utama, berbanding hanya mendokong perjuangan kebangsaan Melayu.

“Saya ingin menyeru kepada PAS, bubarkanlah PAS, itu mesej penting, sampaikan kepada rakan, ramai orang Kelantan di sini, PAS utamanya di Kelantan. Baru-baru ini, mereka mahu berbaik dengan kita, kita rasa elok bubar, tengok perlembagaan Umno,” katanya menurut laporan Berita Harian semalam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 12-5-2022 04:16 PM

Bubar je laaa pas tu , xde function pon …
Maksiat menjadi2
Kelab malam , daggai lorong, lgbt , sumbang mahram, gerakan sikit sikit or kempen pon xde … takde apa yg korg  banteras pon

Asik nak berpolitik and poligami je pon
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri air kan ni....pi lah tengok2 Kelantan tu hah...mb Kelantan org Pas gak mintak 7b utk selesaikan masalah air....dia kata air kat Kelantan banyak tapi takde tempat nak letak....air apa aku tak tau lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:24 PM | Show all posts
kahkahkah !!!! look who's talking... at least ameno berjaya lah jugak tadbir negara... kelantan tu ??? apa ada ???
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Plak dah,  dulu sembang nk haramkan DAP pun tinggal spender nk haramkan parti terkuat melayu plak dh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038582 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list