CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 1

[Politik] Jho Low atur, urus mesyuarat Jawatankuasa Pemandu TIAB - Saksi

[Copy link]
Post time 12-5-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Jho Low atur, urus mesyuarat Jawatankuasa Pemandu TIAB - Saksi


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 billion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low mengatur dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyelarasan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIASCC).

Bekas Setiausaha Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lim Poh Seng dalam keterangannya, berkata beliau menghadiri beberapa mesyuarat TIASCC sebagai perakam minit di atas permintaan Jho Low.

Saksi ke-18 pendakwaan itu yang membacakan pernyataan saksinya berkata, TIASCC ditubuhkan pada akhir 2008 dengan objektif untuk membincangkan semua isu berkaitan dan sebelum penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIAB).

Ketika disoal balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, Poh Seng menafikan cadangan peguam itu bahawa beliau dilantik dalam 1MDB selepas ditawarkan oleh Jho Low.

Wan Aizuddin mencadangkan bahawa pelantikan Poh Seng ditawarkan oleh Jho Low selepas TIASCC ditubuhkan.

Poh Seng sebaliknya berkata pelantikannya dibuat atas tawaran Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.

Apabila ditanya oleh Wan Aizuddin siapakah dalam BOD yang menawarkan pelantikan itu kepadanya, Poh Seng menjawab, "bukan oleh seseorang individu tetapi BOD secara kolektif."

Saksi itu berkata, perkenalannya dengan Jho Low bermula apabila ahli perniagaan itu menawarkan kepadanya untuk memberikan perkhidmatan kepada beberapa syarikat yang dia cadangkan, bagaimanapun tidak mengingati tahun.

Poh Seng berkata, hubungannya dengan Jho Low adalah sebelum penubuhan TIAB.

Media sebelum ini melaporkan, bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner dalam keterangannya di Mahkamah Persekutuan, Brooklyn, New York, berkata Jho Low memainkan peranan penting dalam TIAB sebelum syarikat pelaburan ditukar nama kepada 1MDB.

Leissner berkata, Jho Low yang menjadi penasihat Sultan Terengganu pada 2009, adalah dalang utama skandal 1MDB dan terbabit membuat keputusan penting dalam TIAB.

Poh Seng memberikan keterangan terhadap Najib yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Selasa depan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -pemandu-tiab-saksi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik terjulur-julur tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.210959 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list