CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 1

[Politik] Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST

[Copy link]
Post time 12-5-2022 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST


Cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan kerajaan BN dihapuskan selepas PH mengambil alih pentadbiran negara melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

KUALA LUMPUR: Tindakan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan kerajaan menghadapi penguncupan tekanan hasil.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sekiranya regim percukaian itu masih ada ketika ini, maka beliau yakin 'nasib' rakyat Malaysia akan lebih senang hari ini.

"Hasil mengucup apabila GST dihapuskan. GST ini kita kutip dan kita peroleh masa kita senang. Bila kita susah kita ada duit simpanan dan boleh agihkan kepada rakyat. Ini masanya kita nak tolong rakyat.

"Kalau ada GST saya yakin rakyat Malaysia lebih senang hari ini. Tetapi bila tidak ada (GST) malanglah. Sekarang ini kita kena fikir balik apa caranya.

"Makanya sekarang ini kita kena lihat kepada keseluruhan dasar mikro dan makronya, kestabilan politik serta lain-lain. Pokoknya kita mesti kepada asasnya," katanya dalam Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, berdasarkan data diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), , sewaktu sembilan tahun di bawah pemerintah Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan, pekali gini iaitu ukuran statistik ketidaksamaan ekonomi dalam populasi semakin kecil.

Katanya, sewaktu di bawah pemerintahan PH sebagai kerajaan pula, indeks berkenaan semakin melebar.

"Ia bererti apa? Bererti dasar BN lebih adil kepada orang miskin, lebih adil kepada kumpulan B40 berbanding dasar kerajaan PH.

"Ini fakta. Saya boleh cabar sesiapa pun. Ini bukan propaganda mahupun retorik," katanya.

Beliau turut mengakui banyak cabaran dihadapi dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sedang cuba untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, katanya kerajaan meluluskan i-Citra yang memberi kelegaan kepada rakyat dan beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskannya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ila-ph-hapuskan-gst

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg iols dia hapuskan dan x hapuskan sama je. Baik ko jgn hapuskan je ari tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.216864 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list