CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

Pesaka yakin pesilat capai sasaran pingat di Vietnam

[Copy link]
Post time 14-5-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD pesilat negara bergambar beramai-ramai selepas Malaysia berjaya mengutip satu pingat emas dan tiga pingat gangsa pada hari ketiga pertandingan pencak silat Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Sukan BAC Tu Liem semalam.


HANOI – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) percaya pesilat negara yang meraih emas pertama menerusi acara silat seni mampu membakar semangat pendekar negara untuk melengkapkan tiga pingat emas daripada 16 acara pada Sukan SEA Vietnam 2021.

Skuad silat negara membuka gelanggang dengan emas pertama menerusi persembahan memukau Mohd. Taqiyuddin Hamid-Sazzlan Yuga dalam acara ganda putra, sekali gus melakar emas hatrik.

Kejayaan itu membolehkan gandingan negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019).

Timbalan Presiden Pesaka, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah percaya pesilat negara mampu lakukan terbaik meskipun peraturan baharu pertama kali digunakan pada temasya dwitahunan tersebut.

“Saya percaya jika atlet silat negara turun dengan semangat luar biasa, tidak mustahil mereka mampu mencapai kejayaan serupa dilalui Taqiyuddin-Sazzlan pada aksi final semalam.

“Kesemua atlet negara telah melakukan persiapan untuk memastikan peraturan baharu yang pertama kali diperkenalkan di Hanoi ini mampu membuka sedikit kelebihan untuk ke final dan seterusnya membutirkan pingat emas buat Malaysia.

“Saya meletakkan harapan cukup tinggi kepada semua pesilat negara untuk memastikan kejayaan mampu dibawa pulang ke Malaysia dan sekali gus dapat memenuhi sasaran tiga pingat emas disasarkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! disini semalam.

Dalam pada itu, Sohaimi turut menegaskan bahawa pesilat negara bakal mendapat sokongan tambahan apabila Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dijangka hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Menjelang perlawanan esok, Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan juga mantan Presiden Pesaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam akan hadir menyaksikan perlawanan pesilat negara.

“Insya-Allah ada kejutan buat pesilat negara terutama kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di bumi Hanoi. Saya harap dengan pengumuman itu dapat meningkatkan semangat mereka nanti,” ujar Sohaimi.

Selain meraih emas, skuad silat negara turut meraih gangsa hari ini menerusi regu puteri, Siti Nur Khairunnisa Hail, Fatin Ardani Zamri dan Merrywati Manuil.

Ganda puteri yang membariskan Nur Syazreen A. Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan turut membawa pulang gangsa. Pingat gangsa ketiga diraih dalam acara tunggal putera, Luqman Laji.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -pingat-di-vietnam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.352403 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list