View: 3026|Reply: 38
|
[Tempatan]
[Edisi Mastika] Terowong Menora. Netizen kongsi pengalaman 15 tahun ulang-alik Ipoh-Taiping
[Copy link]
|
|
Mengucap dulu sebelum lalu Terowong Menora, netizen kongsi pengalaman... Pengguna tetap beri peringatan, kongsi tip elak kecelakaan
MSTAR
5-6 minutes
NAHAS melibatkan lima pelajar di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pada tengah malam Rabu baru-baru ini cukup meruntun hati netizen.
Dalam kejadian itu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua buah treler.
Selain ucapan takziah yang dititipkan menerusi media sosial, seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Ihsan Zainal turut berkongsi cerita tentang pengalamannya yang sudah 15 tahun menggunakan laluan berkenaan.
"Aku pengguna tetap Terowong Menora ni, hampir setiap hari selama 15 tahun aku ulang-alik Ipoh-Taiping. Tipulah kalau aku cakap tak pernah kemalangan di laluan ni.
"Aku kemalangan masa dalam perjalanan ke kelas Dr. Azizul Azli Ahmad, aku tinggal dulu kereta, pergi kelas sampai habis. Habis kelas baru aku pergi lapor balai.
"Macam-macam jenis kemalangan aku hadap, daripada yang tunggu berjam-jam lamanya, sampailah yang berlaku depan mata. Daripada kenderaan kecil seperti motor sampailah sebesar kren. Tak kira siang ke malam, ada juga kisah seram sampai aku pernah kena sendiri," ujarnya.
Menurut pelabur hartanah itu, orang ramai perlu berhati-hati apabila melalui jalan berkenaan, khususnya ketika cuaca buruk.
Pesannya lagi, pengguna jalan raya perlu peka dengan kerja selenggara yang berlaku bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan di kawasan tersebut.
"Apa yang aku nak kongsikan, korang (anda) perlu lebih berhati-hati apabila lalu laluan ni terutama ketika hujan lebat. Begitu juga selepas hujan kerana air mengalir atas jalan raya tu boleh mengakibatkan tayar kita ikut tergelincir.
"Lebih-lebih lagi apabila guna pacuan empat roda atau kereta jenis tinggi. Selain tu, korang perlu peka apabila ada Propel (Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad) nak selenggara jalan.
"Sebab semasa mereka mengecilkan laluan daripada dua hala ke satu hala, kadang kala tu jarak mengecil tu terlalu pendek. Ini membuatkan banyak kereta tiba-tiba ubah laluan. Yang jenis bagi signal boleh lagi kita nampak. Yang jenis batang signal patah ni, memang bahaya tiba-tiba nak elak kon.
"Tu belum kira lori rosak tepi jalan. Kadang tu kon pun tak ada, harapkan segitiga yang tak berapa nak pantul cahaya tu. Boleh terkejut tiba-tiba nampak bontot treler," ujarnya lagi.
Pesannya lagi, pengguna juga perlu berhati-hati memandangkan keadaan jalan di situ yang curam dan diapit dengan longkang dan gaung di bahagian kiri dan kanan.
Macam-macam jenis kemalangan aku hadap, dari yang tunggu berjam-jam lamanya, sampailah yang berlaku depan mata.
IHSAN ZAINAL
"Jadi kepada pengguna yang jarang-jarang guna laluan ni, berhati-hatilah memandu, lebih-lebih lagi 3 kilometer (km) selepas terowong. Sebab 3km pertama ni laluan dia curam.
"Kiri-kanan dia gaung dan longkang besar. Memang tak ada lorong kecemasan untuk korang berhenti atau nak elak sesuatu. Kat sini lah aku pernah kemalangan dulu sebab nak elak kon Propel dulu," kongsinya lagi.
Perkongsian Ihsan menerusi Facebook meraih 1,000 tanda suka dan turut dihujani dengan komen netizen, khususnya mereka yang pernah memandu di laluan berkenaan.
"Setiap kali lalu terowong ni kami mengucap dulu. Risau, tak tahu apa yang ada di depan.
"Bulan puasa baru-baru ini nyaris berdentum di area situ. Mujur kemahiran memandu agak hebat. Dapat elak ke laluan kiri sebab tak ada kereta sebelah situ. Kalau ada kena juga la.
"Baru je lalu terowong tu Isnin lepas, balik beraya ke kampung suami di Trong, Perak," tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, lima mangsa kejadian pada Rabu lalu dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, (pemandu kereta); Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang hadapan); Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.
Kesemua mereka merupakan merupakan pelajar Usas, Kuala Kangsar.
Dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.
Siasatan awal mendapati, treler muatan pagar besi dipandu seorang lelaki itu tidak sempat membrek ketika melalui lokasi kejadian di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara lalu merempuh belakang kereta jenis Honda City yang dinaiki lima mangsa terbabit.
Rempuhan menyebabkan kereta mangsa yang dipandu di lorong kiri diseret hingga melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler membawa muatan mozek di hadapan.
sumber: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana mastika ratunya? Citer lbh byk teknikal & kecuaian |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 15-5-2022 12:54 PM
Mana mastika ratunya? Citer lbh byk teknikal & kecuaian
Org citelaa ponti ke hantu kee |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-5-2022 09:28 PM
Org citelaa ponti ke hantu kee
Aku drives menora 3..4 am seorang tidak pernah jumpa hantu lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la anticipate ada part angker,ghupanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 15-5-2022 01:43 PM
Aku drives menora 3..4 am seorang tidak pernah jumpa hantu lagi...
Hang jgn ckp beso... aku pun tak caye semua tuu.. tp tatap tak berani.. Allah izinkan duk sebelah ko nanti.. siap buat aksi kiss kisss.. masa tuu ko kencing je dlm srpende |
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal aku baca. Point2 dia semua basi and general lah.
Nak tau x apa punca masalah kat laluan ni? Masalah utama ialah kenderaan berat. Pernah tetiba trailer melintas dpn aku tiba2 di lorong kanan sbb nak potong trailer lain. Gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 14-5-2022 09:46 PM
Hang jgn ckp beso... aku pun tak caye semua tuu.. tp tatap tak berani.. Allah izinkan duk sebelah ...
Aku rasa hantu itu bukan bahaya... Ramai accident sebab ter kejut takut hantu... Cousin aku accident langgar buffalo sebab dia ingat buffalo itu hantu.... Langgar saja... Luckily dia dan buffalo tidak mati...east coast road.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelap. Takde lampu. Jalan tak lurus. Kenderaan laju. Memang jadi la. Yang penting kita pandulah secara berhemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh...helloooo....eksiden yg terbaru tu x de gaung pun kiri kanan ya...jalan situ rata...
Kes eksiden terbaru ni lori tu bawak laju..hentam kereta tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan eksiden yg baru tu bukan diterowong menora...x de kena mengena pun dgn area terowong..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ka dulu ada cite pasal misteri kereta volkwagen kuning?
tak ingat highway mana
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 15-5-2022 02:19 PM
bukan ka dulu ada cite pasal misteri kereta volkwagen kuning?
tak ingat highway mana
Aku percaya kisah volkswagen kuning dan kebanyakan cerita hantu tu adalah cerita yg ditokok tambah bg penyedap cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 15-5-2022 02:19 PM
bukan ka dulu ada cite pasal misteri kereta volkwagen kuning?
tak ingat highway mana
Karak kn?
Karak yg mustika ratu. Menora selalunya sbb btk muka bumi & speeding.
Karak yg pernah dgr, jln lurus jd bengkok la. Tgh2 jln tu ada benda melintang la... tu yg kmlgn jadi sebab nk elak/pandu bengkok walhal tau jln tu mmg selalunya lurus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 15-5-2022 01:46 PM
Hang jgn ckp beso... aku pun tak caye semua tuu.. tp tatap tak berani.. Allah izinkan duk sebelah ...
Ni citer kwn sekampung. I tanya korang balik pagi2 tak seram ke? Kwn i ckp pernah sekali laki dia ckp besar. Tak takot kalu jumpa pun.. Mlm tu dlm 1 pagi kut tgh lalu kt hutan, ada benda ikut terbang sebelah luar kereta... untung bini setazah. Baca2 la jugak kan... demam tok lakinya esok tu koh2... |
|
|
|
|
|
|
|
MissyMolly replied at 15-5-2022 04:57 PM
Ni citer kwn sekampung. I tanya korang balik pagi2 tak seram ke? Kwn i ckp pernah sekali laki dia ...
Haa dengo tuu dwdrum.. bab ni jgn main main.. kawan aku ckp beso.. dia ckp cehhh hang tuah tak dapek naik gunung tahan sampai kepuncakk.. aku dot jeee wpun tadak hang... mlm tuu tgh org happy hapoy mkn muka dia pucatt.. esok dia bgtahu.. kelilung dia penuh org pakai tengkolok kelilibg dia... hohohoho |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 15-5-2022 05:00 PM
Haa dengo tuu dwdrum.. bab ni jgn main main.. kawan aku ckp beso.. dia ckp cehhh hang tuah tak dap ...
Hang tuah ka tuh? Dgn segalah hang2 laiyen koh2... patot tanya kenapa bunuh jebat tak pon mintak otograp ke... mahai tu sign tuah |
|
|
|
|
|
|
|
MissyMolly replied at 15-5-2022 05:06 PM
Hang tuah ka tuh? Dgn segalah hang2 laiyen koh2... patot tanya kenapa bunuh jebat tak pon min ...
Mgkin laa kott.. dah seru nama dia sape suruhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
atok iols dulu pengarah plus untuk bahagian kuala kangar-menora ni... selalu tiap2 mlm masa tel berdering sbb ada excident... |
|
|
|
|
|
|
|
Tt bg korg yg bkk cerita ala mastika
That's why tajuknya gitu
Xgitu bang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|