CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 0

Ducati tempah petak 1-2 GP Perancis

[Copy link]
Post time 15-5-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Francesco Bagnaia akan memulakan perlumbaan GP Perancis esok di petak hadapan selepas tampil cemerlang pada sesi kelayakan sebentar tadi.



LE MANS – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia menampilkan tunggangan terbaiknya untuk menempah petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans sebentar tadi.

Lebih manis, catatan masa 1:30.450 saat (s) yang dilakar merupakan rekod baharu litar tersebut, memadam catatan 1:30.537s dilakukan pelumba Pramac Racing, Johann Zarco sebelum ini.

Keputusan cemerlang dilakar Bagnaia itu turut dikongsi rakan sepasukan, Jack Miller yang akan memulakan perlumbaan sebenar esok di petak kedua selepas melakukan catatan 1:30.519s.

“Saya sangat gembira dapat memulakan perlumbaan esok di petak hadapan kerana pada awalnya agak risau untuk mengharungi sesi kelayakan kerana sangat sukar untuk mengawal jentera sepanjang saingan minggu ini.

“Bagaimanapun, terima kasih kepada pasukan kerana ada melakukan ubah suai terhadap jentera sehingga saya mampu mendapatkan petak hadapan pertama pada GP Perancis,” katanya sejurus tamat sesi kelayakan.

Sementara itu, pelumba pasukan Aprilia, Aleix Espargaro akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga diikuti pelumba tuan rumah dari pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ak-1-2-gp-perancis/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.399292 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list