CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2849|Reply: 29

[Tempatan] Harga emas dijangka terus turun

[Copy link]
Post time 16-5-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Harga emas dijangka terus turun


Kejatuhan harga emas adalah masa terbaik untuk menambah pegangan -NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KUALA LUMPUR: Harga emas dijangka terus menyusut dalam tempoh jangka pendek selepas mencecah paras rendah tiga bulan kepada AS$1,838.26 (RM8,050.59) seauns atau RM258.83 segram baru-baru ini, didorong pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelemahan yuan China.

Susulan kejatuhan mendadak emas, peniaga aset selamat itu berpendapat kini adalah masa yang sesuai untuk membeli atau menambah pegangan dalam komoditi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kim Trading Venture Sdn Bhd, Liew Kim Fung, berkata kejatuhan berterusan harga emas sejak kebelakangan ini adalah peluang terbaik yang perlu dimanfaatkan oleh pelabur.

"Walaupun harga emas mungkin susut lebih jauh, adalah lebih baik untuk membeli atau menambah pegangan sekarang daripada melihatnya melantun semula dan terlepas peluang membeli pada harga rendah," katanya kepada BH.

Beliau bagaimanapun berkata, penurunan harga emas kebiasaannya bersifat sementara, manakala pergerakan mata wang sentiasa berubah dan ini mungkin memihak kepada emas untuk melantun semula.

"Melihat kepada krisis berterusan antara Russia dan Ukraine yang mungkin merebak ke negara lain, ia akan memberi kesan kepada harga emas untuk terus melonjak mendadak dan mungkin melepasi AS$2,200 (RM9,634.81) seauns atau RM309.77 segram, sekali gus menjadikannya lebih mahal untuk dimiliki," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor pula berkata, bukan hanya pasaran logam berharga terkesan pada masa ini, bahkan pasaran saham utama dunia seperti S&P 500 dan mata wang kripto turut merudum.

Justeru, katanya, ramai pelabur melepaskan pegangan dalam emas untuk menghindari 'kerugian', namun ia peluang untuk menambah lebih banyak pegangan aset kerana emas dijangka tetap utuh untuk jangka panjang.

"Saya sudah menjangkakan kejatuhan harga emas kerana Rizab Persekutuan (Fed) AS sedang tersepit dalam mengimbangi tekanan inflasi yang tinggi ketika ini.

"Bagaimanapun, ia tidak mempunyai banyak pilihan selain menaikkan kadar faedah yang akan memberi tekanan jangka pendek pada harga emas," katanya.

Beliau berkata, pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Fed memberi tekanan sementara pada harga emas kerana aliran modal beralih kepada bon dan sekuriti kerajaan.

Justeru, katanya, pelabur akan cenderung untuk memilih kecairan tunai berbanding kelas aset lain.

"Namun, saya yakin, selari dengan ekonomi dunia yang berada dalam persekitaran inflasi yang tinggi, pelabur akan beralih semula kepada kelas aset selamat seperti emas," katanya.

Sementara itu, pemilik Kedai Emas Jesselton berpangkalan di Kota Kinabalu, Faizul Moktar, berkata kejatuhan harga emas adalah masa sesuai untuk menambah pegangan stok emas fizikal.

Namun, beliau berpandangan masa paling sesuai membeli atau menambah pegangan emas adalah ketika ada lebihan duit, tidak kira masa emas naik atau turun.

"Kejatuhan atau kenaikan harga emas hari ini bersifat sementara bagi tempoh jangka pendek. Jika dilihat dari sudut jangka panjang harga emas terus menampakkan kenaikan sangat ketara disebabkan inflasi saban tahun.

"Bagi pencinta emas di Malaysia, kejatuhan harga emas adalah masa terbaik mendorong mereka untuk menambah pegangan logam berharga yang kalis inflasi ini lebih banyak untuk simpanan masa depan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... ijangka-terus-turun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga emas murah..upah mahai
Sama ja harga kalau campur dgn upah
Tuhari aii beli sebelum raya masa emas tgh mahai..jadi 275/gm
Adik beli sabtu tadi..bila campur upah..skali bila kira /gam jatuh rega 276
Dah la bersesak beratoq mcm apa lagi
Tuhari masa aii beli lamsam ja kiraan upah /gm..maksudnya setiap 10gm kebawah upah rm50..15gm rm100
kali ni upah ikut design plak
Gitu la tokey kedai meas dok putaq2
Mau murah beli used ja la
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:50 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 16-5-2022 11:48 AM
Harga emas murah..upah mahai
Sama ja harga kalau campur dgn upah
Tuhari aii beli sebe ...

setuju, dorg pusing kata tiada updah padahal dah include..prelove jugak yg murah huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg jenis gila emas ni bolehla ...tgk masa raya depa duk pakai gelang tebai2 ...besaq2 sampai siku...lepaih tu setiap jari ada cincin..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga emas dunia turun sikit ke byk ke harga kt sini sama je..xde turun mana pun..sembang je harga sekian2 sekali nk beli eh tambah upah lak lain cas..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon rasa murah sblm raya aritu sbb aku beli 259 se gram.upah x de!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 16-5-2022 11:50 AM
setuju, dorg pusing kata tiada updah padahal dah include..prelove jugak yg murah huhu

Kan..sbb tu aii xtunggu emas murah ka mahai ka..ada duit lebih beli..xdak duit duit diam2 ja
Sebab xdak la beza ratus2 pun bila dah bahagi darab tolak tambah rega/gm masih dlm range ja
Used item ni kadang xkena dgn selera
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 16-5-2022 02:22 PM
Aku pon rasa murah sblm raya aritu sbb aku beli 259 se gram.upah x de!

Yg mendunia sebelum raya kedai Armels tu..yg tu betoi murah..design pun cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 16-5-2022 12:11 PM
Yg jenis gila emas ni bolehla ...tgk masa raya depa duk pakai gelang tebai2 ...besaq2 sampai siku:lo ...

Kalau uols p kedai kan..yg berat ats 50gm tu semua kosong ja
Aii dah try tuhari..yg padu setakat bawah 30gm tu mmg padat la emasnya..
Yg besaq2 tu semua kosong ja
Tapi tu la..asal emas kan..lagi besaq lagi baguih
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 16-5-2022 02:26 PM
Kalau uols p kedai kan..yg berat ats 50gm tu semua kosong ja
Aii dah try tuhari..yg pad ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 16-5-2022 04:37 PM

Ko pernah dengar pompuan tindik kelentik dgn ring emas keww noor?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerumble replied at 16-5-2022 04:50 PM
Ko pernah dengar pompuan tindik kelentik dgn ring emas keww noor?

X pernah dan aku rasa org gila je bertindik tempat bukan2...

Udah..back to topic..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut suka lah harga nak turun berapa pun if your wealth is expressed in kg of gold still the same. Saper suruh convert ke RM
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah yg bagi nasihat pun toket emas mmg la dia suh beli time emas jatuh merudum.....time rega mencanak pun dia suh beli sbb takut rega x kan jatuh2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 16-5-2022 02:26 PM
Kalau uols p kedai kan..yg berat ats 50gm tu semua kosong ja
Aii dah try tuhari..yg pad ...

Teringat citer archimedes yg tlg cek  raja pakai emas pelesu rupanya salut emas tiruan tp belah dlm kosong
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang masa terbaik untuk beli emas
-Tokey kedai emas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 16-5-2022 02:24 PM
Yg mendunia sebelum raya kedai Armels tu..yg tu betoi murah..design pun cantik

Tapi x byk pilihan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 16-5-2022 05:23 PM
Teringat citer archimedes yg tlg cek  raja pakai emas pelesu rupanya salut emas tiruan tp belah dl ...

Tapi ikut logic xkn la yg berat 30gm keats tu barang padu ya dak..jenuh nak angkat tangan
Pakai cincin 5gm pun dah rasa berat ini kn plak gelang berpuluh gm
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 16-5-2022 05:32 PM
Tapi x byk pilihan..

Yaa ka..tengok kedai dia tetiap hari org update fill house
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 06:32 PM | Show all posts
@kaoru44 untung la chuols dah sambar sesiap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.081173 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list