CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 4

[Tempatan] Permintaan tinggi, kedai emas tetap dibanjiri pelanggan

[Copy link]
Post time 16-5-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kenaikan ataupun penurunan pasaran harga emas tidak memberi kesan terhadap trend pembelian barangan kemas.

Pengurus Besar Kanan Penjualan dan Pemasaran Kumpulan Habib, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, di Malaysia, pelanggan membeli emas sepanjang tahun.

Beliau berkata, musim perayaan sebagai contoh Aidilfitri ketika ini adalah antara faktor utama permintaan yang tinggi terhadap barangan emas.

"Ramai ingin tampil bergaya pada Aidilfitri untuk pulang ke kampung halaman dan menghadiri majlis rumah terbuka, khususnya susulan kelonggaran rentas negeri serta prosedur operasi standard (SOP) ziarah.

"Selain yang membeli, ramai juga menjual barangan kemas untuk digantikan dengan yang baru ataupun untuk ditukarkan kepada tunai.

Menurutnya, sepanjang Ramadan lalu kedai emas dibanjiri pelanggan dan ada yang terpaksa beratur untuk giliran.

Beliau berkata, senario itu untuk peniaga barangan kemas tentunya berita baik bukan sahaja kerana peningkatan penjualan tetapi yang lebih penting ialah keyakinan pelanggan terhadap nilai emas.

"Pelanggan kini lebih sofistikated dan lebih berpengetahuan mengenai pasaran emas. Kesan daripada pandemik Covid-19 dua tahun lalu di mana harga emas menunjukkan trend peningkatan memberi keyakinan kepada pelaburan barangan emas.

"Harga emas menunjukkan trend penurunan sejak satu bulan ini. Harga emas tertinggi sepanjang satu bulan ini mencecah 1,998.33 dolar Amerika Syarikat (AS) atau RM8,779.26 bagi seaun (28.35 gram) dan harga terendah dibawah pasaran 1,835 dolar AS (kira-kira RM8,061.71)," katanya.

Mohd Zaruddin berkata, berdasarkan kepada garisan 20 dan 50 hari Purata Bergerak Mudah (Simple Moving Average (SMA)), harga emas menunjukkan trend penurunan, dan penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (Relative Strength Index) masih lagi di bawah nilai ambang 50 peratus.

Kadar inflasi pula, katanya, pada kadar sederhana selepas pengumuman kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) kepada 2.0 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

"Bank-bank pusat di seluruh dunia juga dijangka akan menaikkan lagi kadar faedah. Emas adalah satu aset yang terbukti menguntungkan dan untuk pembeli dan peminatnya, pelaburan untuk barangan emas patut diteruskan kerana selain dipakai sebagai perhiasan ia mempunyai nilai pelaburan terbaik.

"Lebih-lebih lagi emas adalah pelindung nilai terhadap inflasi," katanya.

Justeru menurutnya, pembelian emas digalakkan terutama sekali jika ia bertujuan sebagai pelaburan jangka panjang.

Beliau berkata, Malaysia adalah negara yang terbaik untuk membeli barangan kemas kerana tiada sebarang cukai terhadap barang kemas berbanding dengan banyak negara lain.

"Oleh itu harga barangan kemas di Malaysia jauh lebih rendah. Pembelian barangan kemas mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan sepanjang musim perayaan dan terdapat peningkatan penjualan yang begitu ketara sekali.

"Sepanjang dua minggu tempoh perayaan Aidilfitri, harga emas mulai tidak menentu dan ketika harga emas merundum selepas raya baru-baru ini, pelanggan terus membanjiri kedai emas Habib di seluruh Malaysia," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/841235/permintaan-emas-tinggi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelaburan bukan pembaziran......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerumble replied at 16-5-2022 02:28 PM
Pelaburan bukan pembaziran......

Ko dh ade brpa gram mesti tak ada kan
Mana boleh saing kehebatan aku
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 16-5-2022 02:51 PM
Ko dh ade brpa gram mesti tak ada kan
Mana boleh saing kehebatan aku

Gram utk makhluk mengemis macam ko....aku pakai measurement tonnes.....

Ko ghaser?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng roti canai banjir tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.104653 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list