CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2481|Reply: 33

[Tempatan] Musibah dan memalukan, perlantikan Tajudddin sebagai Duta Besar dikecam hebat

[Copy link]
Post time 18-5-2022 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-5-2022 10:18 PM

PETALING JAYA: Seorang bekas diplomat menyifatkan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia ibarat “musibah”, susulan ahli Parlimen Pasir Salak itu dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.

Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata, penerangan Tajuddin mengenai perlanggaran itu, yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, kerana dua “tren bercium antara satu sama lain” mencerminkan kredibiliti yang ada padanya.

“Ia amat mengecewakan pegawai diplomatik, peluang kerjaya kami untuk dinaikkan ke jawatan duta telah dilucutkan,” katanya kepada FMT.

Noor Farida berkata, kurang bijak apabila kerajaan melantik seseorang seperti Tajuddin yang “sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik” untuk jawatan itu, lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara penting kepada Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Putrajaya.

Terdahulu, Tajuddin mengesahkan beliau akan menjadi duta baharu ke Indonesia. Jawatan itu kosong sejak Zainal Abidin Bakar, bersara pada 4 April 2021.

Ahli Parlimen kontroversi itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Mei lalu, hanya beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan ramai berikutan perlanggaran membabitkan dua tren LRT.

Sementara itu, Fahmi Fadzil daripada PKR berkata, walaupun pelantikan Tajuddin bukan satu kejutan, ia masih mengejutkan memandangkan cara beliau mengawal penampilan diri pada masa lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pelantikan bekas timbalan menteri itu akan membawa kepada spekulasi mengenai susun atur atau persefahaman yang wujud antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tajuddin.

Ini kerana ia melibatkan “jawatan yang sangat senior”.

“Adalah sukar untuk mengelak spekulasi seperti ini daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Fahmi berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, sebahagian besarnya, mengelak daripada meletakkan ahli politik ke jawatan diplomat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR, Sim Tze Tzin menggesa perdana menteri menjelaskan pelantikan Tajuddin, sambil menambah terdapat ramai diplomat berpengalaman lebih layak untuk jawatan itu.

“Rakyat telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara dia mengendalikan krisis LRT. Adakah dia pilihan tepat untuk jawatan penting itu?” soalnya.

Seorang lagi bekas diplomat, Dennis Ignatius, berkata pelantikan Tajuddin ke jawatan penting itu disifatkan sebagai “memalukan”.

“Macam tiada orang lain.”

Ignatius, seorang veteran yang berkhidmat di luar negara selama 36 tahun bagaimanapun tidak terkejut dengan pelantikan itu.

“Hubungan politik kini lebih penting daripada integriti, kehormatan dan profesionalisme.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/17/lantikan-tajuddin-adalah-musibah-memalukan-kata-bekas-diplomat/







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 09:52 AM | Show all posts
Don probok probok kiss train ni apa jah kegunaan dia jadi duta kat sana? Ni pon macai2 bangga dgan keluarga pak mail? @kemaruk @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:09 AM | Show all posts
xtau nk komen ape....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 yang sama jelah pegang jawatan.
Orang2 sama juga kaya 7 keturunan tak habis tanpa usaha gigih macam marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia sudah Semakin rosak disebabkan oleh pemimpin negara yang tidak mementingkan kejujuran.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana wakil rakyat boleh jadi duta? Nak jaga 2 tempat yg berlainan negara dalam satu masa kan susah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 11:04 AM | Show all posts
group G25 ni ape kurangnya, penyokong tegar LGBTQ...noor farida should see herself in the mirror first before insulting others
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:51 AM | Show all posts
Mael lambong bekalan jd abah..... dah mula merapu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak juga bagi jawatan penting ke dia. Kat sana sok cakap merapu meraban. Memalukan je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong lah.. komunikasi fail. Macam Mana nk bwk image negara.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:48 PM | Show all posts
kah kah kah kah macam sial, lantik orang lain lah wei, dah lah dapat gaji Ahli Parlimen, dapat pulak gaji Duta, orang lain tak perlu makan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:49 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 18-5-2022 07:08 PM

Indon tu dah la negara G20 ekonomi tgh mencanak2 naik.tup2 dapat pulak duta sampah low class camni.alaa balerr..statement bangang apa plak dia nak bagi bila dah jadi duta nanti.Tungguuu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:48 PM | Show all posts
Dah kekurangan calon lain ke macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:51 PM | Show all posts
tu baru satu.. banyak lagi katanya... pak mael mendunia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon team pak jokowi bolayan kan aje sampah seperti ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 18-5-2022 11:04 AM
group G25 ni ape kurangnya, penyokong tegar LGBTQ...noor farida should see herself in the mirror fir ...

Noor Farida tu antara orang dibelakang kejayaan kita dapatkan Sipadan Ligitan. Jasanya jauh jauh jauh lebih besar even dibanding dgn.askar ke, jauh sekali dgn.politaik Umno.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 03:04 PM | Show all posts
besar sangat ka jadi Duta ni

neighbour aku ni duta pencen aman2 ja petang2 main badminton atas jalan depan rumah

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik2 muka si tua kutuk ni lagi.
Bagi la chance muka2 baru yg fresh  mentadbir lak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:13 PM | Show all posts
pyropura replied at 18-5-2022 01:57 PM
Noor Farida tu antara orang dibelakang kejayaan kita dapatkan Sipadan Ligitan. Jasanya jauh jauh j ...

nobody cares bai...janji jgn sokong gay!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Level Menteri kita setanding Zimbabwe!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.527480 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list