View: 894|Reply: 6
|
[Tempatan]
Polis siasat video lelaki berjalan sambil tunjuk ‘pistol’. #5, Diburu polis
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 19-5-2022 02:35 AM
Polis siasat video lelaki berjalan sambil tunjuk ‘pistol’
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... mbil-tunjuk-pistol/
Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
18 Mei 2022, 5:36 pm
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/05/pistol.jpeg)
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki berjalan sambil menunjukkan objek menyerupai sepucuk pistol - FOTO IHSAN POLIS
PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menunjukkan objek yang menyerupai sepucuk pistol.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
“Menerusi video berdurasi tujuh saat berkenaan, seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak bajunya dan menampakkan satu objek yang menyerupai senjata di seluarnya.
“Satu laporan polis telah dibuat dan kejadian dipercayai berlaku ketika festival animasi selama empat hari bermula pada 13 Mei lalu di sebuah pasar raya di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, lelaki dalam video berkenaan disyaki merupakan salah seorang peserta yang menggayakan watak animasi ketika hadir ke festival berkenaan.
“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.
“Polis juga sedang mengesan pemilik akaun media sosial termasuk individu terlibat untuk membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.
|
|
|
|
|
|
|
|
habang lokman @pestol avatar ketiak berbulus ke tuh? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki acu ‘pistol’ dalam festival animasi diburu
https://www.utusan.com.my/nasion ... val-animasi-diburu/
Oleh MASZUREEN HADZMAN
19 Mei 2022, 9:56 am
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/LOGO-POLIS-NEW.jpg)
PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki membawa ‘senjata’ ketika penganjuran satu festival dalam pusat beli-belah mengundang padah apabila individu berkenaan diburu polis.
Tindakan itu susulan satu rakaman memaparkan lelaki berkenaan sedang berjalan sambil menyelak baju menampakkan satu objek menyerupai senjata diselitkan di seluarnya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video itu dan dipercayai kejadian berlaku ketika penganjuran festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei lalu di pusat beli-belah berkenaan.
“Lelaki dalam rakaman berkenaan disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival itu.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas beliau, turut dikesan iaitu pemilik akaun media sosial terbabit dan individu dalam rakaman untuk membantu siasatan. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Next time kalau ada anime show, perompak betul2 boleh menyamar dan rompak kedai emas dlm mall tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kan watak dalam game GTA san andreas
Game yg aku main zaman sekolah dulu kt ps2
Skrg dh ada kat ipad, hari tu main mcm xada feeling lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|