View: 835|Reply: 3
|
"Respect Orang Macam Ni" - Pengutip Sampah Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat
[Copy link]
|
|
Sumber: Instagram Anak Tioman Cover
Sudah menjadi satu kewajipan kita sebagai seorang manusia untuk bekerja bagi menyara diri serta ahli keluarga kita. Tidak kira apa jua pekerjaan, janji ia halal untuk membantu ahli keluarga kita.
Namun, terdapat segelintir pihak yang suka memandang rendah terhadap kerja orang lain tanpa mengetahui apakah cabaran dugaan yang perlu individu itu lalui.
Sama seperti kisah yang dikongsikan lelaki ini mengenai realiti kehidupan apabila dia bekerja sebagai seorang pengutip sampah.
Kisah itu dimuat naik oleh lelaki itu sendiri menerusi akaun Tiktoknya yang bernama anaktiomancover. Dia menunjukkan beberapa prosedur untuk membersihkan longgokan plastik sampah dan berkata, mereka memeriksa secara teliti setiap barang sebelum proses pelupusan dibuat.
Walaupun sudah terbiasa dengan keadaan itu, namun banyak cabaran dilaluinya.
Menerusi video lain, kelihatan lelaki itu sedang menyapu ulat sampah yang memenuhi kawasan berkenaan. Walaupun terpaksa berdepan dengan bau sampah yang busuk, namun lelaki itu serta rakan-rakannya tabah demi mencari sesuap nasi untuk keluarga masing-masing.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa pekerjaan lelaki itu patut dipuji kerana tidak semua orang boleh bekerja dalam keadaan itu. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu di Jepun masyarakatnya hormat pada golongan macam ni tampa mereka susah mereka nak uruskan sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju, kita kena hormati mereka. Tgk budak2 yg angkut sampah bergayut belakang lori tu kadang2 tak pakai mask, kental betul diorang. Respect sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya gaji kena tinggi. Bukan semua orang mampu kerja ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|