View: 787|Reply: 0
|
2 putera Sultan Johor cemerlang di GT World Challenge Asia
[Copy link]
|
|
Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman (kiri) dan Tunku Abu Bakar bersama hadiah masing-masing di Sepang hujung minggu lalu. - Foto ihsan Royal Press Office
KUALA LUMPUR: Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim membuktikan kehebatan dalam dunia perlumbaan selepas masing-masing menaiki podium pada siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu lalu.
Tunku Abdul Rahman yang bergandingan dengan Nick Foster dari Australia memenangi perlumbaan pembuka tirai Sabtu lalu manakala Tunku Abu Bakar bersama pemandu berpengalaman, Jazeman Jaafar mengakhiri saingan di tempat kedua dalam perlumbaan kedua, semalam.
Kedua-dua putera Sultan Johor itu beraksi bersama pasukan Triple Eight JMR yang menampilkan dua jentera Mercedes AMG GT3 dalam kategori Pro-Am.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerusi media sosial miliknya memuji prestasi dan pencapaian yang dilakar kedua-dua puteranya itu dalam perlumbaan berkenaan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua anak lelaki saya atas keputusan cemerlang mereka hujung minggu ini di Sepang. Saya harap mereka terus beraksi dengan baik sepanjang musim ini," titah Baginda.
Kejayaan Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar menyaksikan pasukan yang diwakili mereka kini berada di kedudukan kedua kejohanan dengan 61 mata.
Selepas Sepang, saingan GT World Challenge Asia akan diteruskan di empat litar Jepun iaitu Suzuka, Fuji, Okayama dan Sugo, sebelum berakhir di Litar Mandalika, Indonesia pada Oktober ini.
GT World Challenge Asia adalah salah satu perlumbaan sokongan bagi pusingan pertama Siri Kejuaraan Malaysia (MCS).
https://www.bharian.com.my/sukan ... orld-challenge-asia |
|
|
|
|
|
|
| |
|