CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 0

Harimau Malaya patut lebih garang

[Copy link]
Post time 28-5-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad (tengah) meraikan jaringan gol pertama pada perlawanan aksi persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Walaupun menang dengan jaringan besar ke atas Brunei malam tadi, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menganggap Harimau Malaya sepatutnya tampil dengan aksi lebih baik.

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan rentak permainan pasukannya juga seakan beberapa kali terhenti walaupun berdepan Brunei yang berada di ranking lebih rendah berbanding Malaysia.

Justeru, beliau menjangkakan aksi berdepan Hong Kong pada Rabu ini akan menjadi ujian lebih sukar dan menuntut anak buahnya mempamerkan prestasi sebenar.

"Permainan kami sepatutnya lebih baik, saya tidak mengira berapa banyak gol yang kami berjaya jaringkan namun secara keseluruhan kami boleh mempamerkan persembahan lebih baik.


"Saya tidak mengeluh terhadap pemain kerana mereka sudah menunjukkan usaha yang bagus. Saya cuba memahami pemain yang saya ada.

"Saya menghargai pemain yang sudah memberikan 100 peratus sepanjang latihan. Mereka bukan mesin, jadi saya fikir dari masa ke semasa mereka boleh sesuaikan diri dan saya harap kami akan menjadi pasukan yang lebih baik," katanya selepas perlawanan.


[img]https://assets.bharian.com.my/images/articles/28coach_1653719243.jpg[/img]
Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon. - Foto Owee Ah Chun

Pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, Harimau Malaya mendapat keyakinan sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan apabila menewaskan Brunei 4-0 dengan jaringan disumbangkan Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba, Faisal Halim dan Guilherme De Paula.

Harimau Malaya seterusnya akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan berdepan Hong Kong di gelanggang sama, Rabu ini sebagai persiapan terakhir sebelum kempen kelayakan.

Sementara itu, pengendali Brunei, Rosanan Abdullah Samak mengakui tahap kecergasan pemainnya menjadi antara faktor mereka gagal memberikan tentangan lebih sengit buat Malaysia.

"Apa saja keputusan kami terima, 4-0 pun kami terima. Apa yang penting saya tahu di mana kelemahan pasukan terutama dari segi kecergasan.

"Saya tak berani menyerang Malaysia kerana Malaysia sudah berapa kali bermain, sedangkan di Brunei liga pun pun belum bermula disebabkan COVID-19," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -patut-lebih-garang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.215186 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list