View: 3739|Reply: 57
|
[Tempatan]
Cengkaman inflasi, pengguna kereta mewah golongan M40 malah T20 pun beralih arah ke RON95
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 1-6-2022 02:49 PM
PETALING JAYA: Antara April dan Mei 2020, harga petrol di negara ini berada pada paras terendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pilihan utama pengguna, RON95 hanya berharga RM1.25 seliter, manakala RON97 yang lebih premium pula RM1.55, dan diesel RM1.40.
Bagaimanapun terkini harga runcit bahan bakar itu naik mendadak, khususnya RON97 yang meningkat 37 sen seliter menjadi RM4.70 seliter bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun 2022.
Menurut Kementerian Kewangan, harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Bagaimanapun bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel ketika ini.
Tinjauan FMT menemui pengguna di beberapa stesen minyak mendapati lebih ramai pengguna kereta mewah, golongan M40 malah T20, beralih kepada petrol RON95.
Neo Woon, 47, mengakui menjadi pengguna setia RON97 sejak lima tahun lepas, tetapi kini bertukar kepada RON95 disebabkan harga yang terlalu mahal dan di luar kemampuannya.
“Walaupun berat hati dan sayangkan enjin kereta bila pakai RON95 kerana kualitinya berbeza berbanding RON97, saya tiada pilihan sebab tak mampu lagi buat masa ini,” kata pemandu kereta jenama BMW itu.
Perasaan sama juga dikongsi Mohamad Shahir Hamzah, 56, yang beralih kembali menggunakan RON95 untuk kereta Mercedes-Benz dipandunya sejak sebulan lepas.
“Bila tukar kepada RON95, saya boleh jimat RM400 hingga RM500 sebulan. Jumlah itu boleh beli barang asas dapur untuk kami sekeluarga sebulan,” katanya yang menambah akan mempertimbangkan kembali untuk menggunakan RON97 jika harganya kembali lebih berpatutan kelak.
Mohd Huzzairi, 31, pula mengaku setakat ini masih menggunakan RON97 untuk kereta dan motosikalnya, namun dalam perancangan beralih kepada RON95.
“Bila terlalu mahal, kena tukar kepada minyak lebih murah, walaupun RON97 berkualiti bagus dan baik untuk jaga kenderaan,” katanya.
Bagi Christina, 45, pula sejak RON97 naik mendadak, beliau mengambil keputusan untuk kurang menggunakan kereta Mercedes-Benz miliknya, sebaliknya menukar memandu kenderaan Perodua untuk berulang-alik ke tempat kerja bagi mengurangkan kos perbelanjaan.
Pekerja stesen minyak yang hanya dikenali sebagai Abdul Manaf mengakui sejak harga RON97 meningkat, jumlah pengguna minyak jenis itu berkurangan.
Pandangan itu turut disuarakan seorang lagi pengusaha stesen minyak sekitar Petaling Jaya, Syafikah Mohamad yang menganggarkan bilangannya turun kira-kira 30% sejak beberapa minggu lepas.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/01/ron97-catat-rekod-tertinggi-pemilik-kereta-mewah-mengalah-guna-ron95/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok jom naikkan harga minyak 95 utk selesaikan masalah ni |
|
|
|
|
|
|
|
zidane_ziege replied at 1-6-2022 10:16 AM
ok jom naikkan harga minyak 95 utk selesaikan masalah ni
Selepas itu perkenalkan balik minyak Ron92 sebagai alternatif. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kaya akan terus nikmati subsidi.
Lagi banyak pakai lagi banyak dapat subsidi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju kerajaan naikkan harga ron95....padan muka semua ok |
|
|
|
|
|
|
|
Saya doakan Putin ngan Zelensky berbaik semula comolot mcm dulu...amin... |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 1-6-2022 11:23 AM
Saya doakan Putin ngan Zelensky berbaik semula comolot mcm dulu...amin...
Dah kenapa ko up kan semua thread zaman jahiliyah cik Marjerin?....pening akak |
|
|
|
|
|
|
|
thread decafiienated tu ke? dia up sendiri kak. saya nampak saya komen je semalam |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 1-6-2022 11:28 AM
thread decafiienated tu ke? dia up sendiri kak. saya nampak saya komen je semalam
Yer betul....ohhhhh patutla...kerja spammer la tu...x de life |
|
|
|
|
|
|
|
teringat zaman pak lah harga minyak naik sbb si Bush tu. Pak Lah bg subsidi pd pengangkutan awam juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku hijrah ke Ron95 bila ada sekali tu tuang RM150 tapi masih tak penuh baru perasan harga minyak tanpa subsidi
Rasa nak return tu Ron97 tunggu gomen hapuskan subsidi Ron95 pleasee
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak up kan thread sendiri dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
M40 pakai kereta mewah ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-6-2022 12:36 PM
macam mana nak up kan thread sendiri dik?
Saya lg lah x tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-6-2022 12:36 PM
macam mana nak up kan thread sendiri dik?
Btw bkn saya maksudkan abang up kan sendiri thread smlm. Saya maksudkan smlm thread2 abg naik tu yg saya komen sbb semua topik menarik. Jgn salah fhm ye |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bodo levelkan semua t20 kene pakai ron97..minyak tu hanya sesuai utk certain kenderaan saja laa..ngokk |
|
|
|
|
|
|
|
Ini tanda2 subsidi petrol nak kena tarik ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 1-6-2022 10:55 AM
Yang kaya akan terus nikmati subsidi.
Lagi banyak pakai lagi banyak dapat subsidi.
Patutnya beri limited litre je..utk satu minggu seorg boleh beli dlm 50 litre je..lebih kalu, byr surcharge lar hahHa |
|
|
|
|
|
|
|
Lebai pas kelantan pakai RON97 utk mercedes benz? |
|
|
|
|
|
|
| |
|