View: 755|Reply: 0
|
Marquez jalani proses pemulihan
[Copy link]
|
|
AKSI Marquez ketika di Grand Prix Itali. FOTO Reuters
Madrid: Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez selamat menjalani pembedahan pada lengan kanannya di Amerika Syarikat (AS) semalam dengan doktor memaklumkan pembedahan itu berjaya.
Marquez akan kekal di Amerika selama beberapa hari sebelum kembali ke Sepanyol untuk meneruskan proses pemulihannya. Dia dijangka terlepas baki musim 2022.
Pelumba berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan patah tangan dalam kemalangan di Grand Prix Sepanyol pada 2020.
Bagaimanapun ketika dia kembali beraksi pada April tahun lalu dan memenangi tiga perlumbaan, kecederaannya terus menimbulkan masalah kepadanya.
Doktor Joaquin Sanchez Sotelo diberi tanggungjawab menjalankan pembedahan itu di Mayo Clinic dekat Minnesota.
"Prosedur itu selesai kira-kira tiga jam. Walaupun prosedurnya agak rumit, segala-galanya amat memuaskan," katanya.
MotoGP pula dalam satu kenyataan berkata: "Pasukan perubatan memaklumkan proses pembedahan itu berjaya dan Marquez kini memulakan proses pemulihan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ni-proses-pemulihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|