CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7753|Reply: 95

[Jenayah] Dalam Islam tidak ada dalil "perpindahan roh" (incarnation)...Mufti mahu pendakwah bebas diambil tindakan!

[Copy link]
Post time 5-6-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-6-2022 01:43 PM

Pihak berkuasa agama Islam digesa untuk mengambil tindakan segera bagi mencegah kepercayaan kepada inkarnasi, iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup, daripada menyusup ke dalam masyarakat Islam negara ini.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan segera itu perlu dibuat, berikutan tular video seorang pendakwah bebas berhubung kandungan ceramahnya yang menyebut mengenai perpindahan roh kepada jasad manusia yang masih hidup.

"Kepercayaan kepada inkarnasi iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup adalah karut dan merupakan satu perkara khurafat, yang tidak bersandar kepada sebarang dalil, ia dipegang oleh penganut agama Hindu, Buddha, kaum Maya di Amerika Latin, beberapa golongan Syiah di Lubnan dan Syria, juga oleh tarikat tadauf tertentu yang ekstrem.

"Sehubungan itu, saya minta pihak berkuasa agama Islam termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama negeri hendaklah memandang serius tentang isu ini dan ambil tindakan segera bagi mencegahnya,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Wan Salim berkata demikian bagi mengulas video berdurasi lebih 10 minit, di mana pendakwah bebas itu menyatakan bahawa gurunya pernah menyebut contoh bahawa Allah mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, berdasarkan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah, inkarnasi adalah satu akidah yang palsu dan menyeleweng daripada landasan agama Islam yang sebenar, kerana bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabawiyah.

Katanya, malah menurut ajaran Islam roh tidak berpindah dari satu jadad ke jasad yang lain kerana roh seseorang adalah khusus untuk dirinya sahaja dan tidak dikongsi oleh sesiapapun selepas kematiannya, tiada dalil yang menyokong akidah yang palsu ini.

"Umat Islam diingatkan bahawa kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib atau metafizika mestilah bersandar kepada dalil yang sahih, sedangkan kepercayaan kepada penjelmaan roh ini tiada dalil sama sekali sama ada daripada ayat al-Quran mahupun sunnah yang sahih,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aan-inkarnasi-Mufti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pendakwah bebas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Habes, orang kemasokan jin tu ape bende bahlol?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Roh pindah randah ke atau kesurupan jin?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-6-2022 02:12 PM
Habes, orang kemasokan jin tu ape bende bahlol?

Wah! Kemain lagi. Mufti pun dibahalolkan ajer!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tumpang-Sibok at 5-6-2022 04:53 PM
midori_katana replied at 5-6-2022 02:23 PM
Wah! Kemain lagi. Mufti pun dibahalolkan ajer!


Anti vaxx tersohor forum.... What do you expect cyst?
Org cakap bab incarnation dia pusing bab rasok join Kak limah bagai

Suruh dia selak kitab baca Surah al-Anbiyaa’,
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:36 PM | Show all posts

Habes?

Edited by tumpanglalu74 at 5-6-2022 02:42 PM
Tumpang-Sibok replied at 5-6-2022 02:32 PM
Anti vaxx tersohor forum.... What do you expect cyst?
Org cakap bab incarnation dia pusing bab ras ...

Ko boley jawab mana pegi roh orang yang kene rasok??  Takat mengutok je boley le..  Ini bukan bab vax tolol!


https://www.youtube.com/watch?v=6eAo2lWkbA4

Reincarnation tu kalo bukan roh orang mati pegi masok badan orang idop, ape bendenye??  Sama kes la kalo bukak topik roh melompat2 sana-sini.  Ade beze ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan new age ajaran Islam sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-6-2022 02:12 PM
Habes, orang kemasokan jin tu ape bende bahlol?

Setan tu roh ke sisterr
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 5-6-2022 01:38 PM
Siapa pendakwah bebas tu?

Zainol Asri. Shaik gunung jerai, falsimpang, saiyidina usman bin affan dtg kedah, Nabi Adam dtg gunung jerai, tajul muluk boleh yg ditatik balik cuma siapa ambik vaksin mati dlm 2 tahun. Taksubers ramai!!!! Sambil muhung sambil solawat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak tengok video sebelum judge lebey2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-6-2022 02:36 PM
Ko boley jawab mana pegi roh orang yang kene rasok??  Takat mengutok je boley le..  Ini bukan bab  ...

Bolehhhhh... Piece of cake jew!

Sebelum tu hang kena la paham dulu konsep jin vs manusia. Pastu kan cyst baru hang boleh sembang cam oghang yg tak nampak jahil sangat..FYI aku ni bukan ossetat hang! Hang nk jawapan hang la kena usaha. Aku tak jaga kuboq hang nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:06 PM | Show all posts

Jasad Is Mayat

Edited by tumpanglalu74 at 5-6-2022 03:10 PM

Period.  Without roh; or tanpa bende2 ghaib lain, yang pelbagai istilah dalam masyarakat melayu kita, memenuhi jasad tersebut, jasad itu mati.  So, this invisible matter yang omputih namekan macam2, seperti soul, spirit ape sume, yang menghidopkan badan sume makhlok.

Reincarnation takleh berlaku tanpa the act of roh melompat dari jasad lain, usually dari yang dah mati.  Kebanyakannye yang mengaku dia reincarnated pon due to vanity reasons, macam mengaku reincarnation of Cleopatra ke Julius Caesar ke.  Dorang ney pon start la cerite kesah idop lama dorang di jaman purbekale dulu tu.  

So, dalam hal rasokan same konsep applies.  Samting else masok dalam jasad kita & kontrol jasad tu.  As shown in the video aku tempek tu.  So perpindahan roh atau bende ghaib tersebut ade berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tpi mcm mna pulak turun nya nabi isa nnt klu bukan incarnation tak kan lahir semula pulak klu hidup berjasad mana jasadnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-6-2022 03:06 PM
Period.  Without roh; or tanpa bende2 ghaib lain, yang pelbagai istilah dalam masyarakat melayu kit ...

Kenapa soalan kau roh pegi mana bila kena rasuk jin.
Mne ko tau jasad tu xde roh masa kne rasuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Setan hijack badan manusia?


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-6-2022 07:14 AM
Setan hijack badan manusia?


Di Malaysia ini jarang dengar cerita2 serem reincarnation. Tapi di negara kokesen sering pula saya baca testimoni mak2 yang takut dengan anak sendiri sebab cakap bukan2 bilang dia reincarnation si polan si polan siap cerita past lives in detailed gimana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
CaTtLeRaNcH replied at 5-6-2022 03:12 PM
Tpi mcm mna pulak turun nya nabi isa nnt klu bukan incarnation tak kan lahir semula pulak klu hidup  ...


Ni lagi sorang tak paham isu. Isu pokok kat sini pasal incarnation bukan reincarnation. Dua isu yg totally berbeza!!

Reincarnation is penghidupan semula roh. Ada dalam islam!
Incarnation is perpindahah roh! Takada dalam Islam.

Ada faham ka anak2 forum sakailian? Simple basic English you allz kenot understand meh?  
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:19 PM | Show all posts
pendakwah bebas ni baru tengok again, My life, ke? iskkk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071581 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list