CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V147'

   Close [Copy link]
 Author| Post time 6-6-2022 10:44 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:04 AM
tq matt bertukang rumah baru..

sama sama zura
kita saling tolong menolong...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2022 10:44 AM | Show all posts
eh matt ada...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 10:44 AM | Show all posts
matt tak cuti ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:45 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:05 AM
tak. bukan matt tersalah cakap tp quote yg matt tepek tu mcm kurang tepat.

oooo yekee?
maafkan matt
mungkin matt tak perasan apa yg matt tepek tu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:46 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:09 AM
in shaa Allah satu hari nti..
asben zura gerenti nk cari nasi kandar kt sana

wahhhh asben zura peminat nasi kandar rupanyaaa...
zura tak minat ke?


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2022 10:47 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:10 AM
ya mmg betul.
kejap lg zura nk buat overnight oats utk makan esok pagi.

overnight oats makan jarang2 sekali ok lah kot....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:47 AM | Show all posts

lewat skit jer....heheee

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2022 10:48 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:14 AM
tengoklah nti cemana matt
masa yang menentukan segalanya.
zura ikut je apa jua keputusan dia

betul tu
zura berdoa lah banyak2 semoga semuanya dipermudahkan segala urusannnya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:49 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:15 AM
ya matt.

nmpknya kedit matt dah melepasi kedit nov..




yeke kedit matt dah melepasi kedit nov?
matt tak perasan plak....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:49 AM | Show all posts

kat sini mencari lubuk2 utk kedit...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:50 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:17 AM
tp bila zura sampai kt spital di SA cuaca panas.

panas tak apa lah
jangan banjir kilat jerr....heheee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:51 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:19 AM
eloklah bergandingan dgn paspispus tu.
2x5 je.
bila utk kepentingan parti dia keluar dalil itu  ...

itu lah 2x5, 5x2
dalil yg sentiasa berubah mengikut keperluan parti mereka


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Anda mahu bina rumah sendiri?

Catatan saya yang telah dikemaskini (updated).

Tentu ramai mempunyai impian membina rumah sendiri dengan rekaan citarasa masing-masing.

Jika anda mempunyai tanah lot atau tanah pertanian di kampong, memang berbaloi membina rumah dengan bajet lebih murah dari pembelian rumah pemaju.

Sebagai jurutera awam profesional berpengalaman 40 tahun dalam pembinaan bangunan, saya senaraikan sedikit tip jika anda berniat membina rumah idaman.

Soalan lazim.

1. Berapa keluasan tanah lot yang diperlukan?

Paling minima dan selesa ialah 4000 kaki persegi (50’x80’).

Tiada masalah jika anda mempunyai tanah lot keluasan besar tetapi akan memeningkan kepala untuk penyelenggaraan.

2. Berapa keluasan rumah yang selesa?

Tentunya mengikut citarasa dan bajet peribadi tetapi untuk keluarga sederhana empat bilik, 1 stor dan 3 tandas adalah memadai dengan saiz antara 1500 hingga 3000 kaki persegi.

3. Bajet.

Semuanya bergantung pada kewangan anda, dan dari pengalaman saya harga Rm150-RM180 kps adalah sesuai.

Ini bermakna untuk rumah saiz 2000 kps, bajet pembinaan anda ialah RM360,000 (Rm180/kps).

Anda boleh membina rumah dengan kos RM100/kps tetapi akan memeningkan kepala.

Anda juga boleh bina rumah dengan bajet RM250/kps jika memilih kemasan yang mahal.

Tambah 25%-50% kos selepas PKP.

4. Bajet yang tak nampak.

i) Kos lantik juruperunding (akitek, engineer, pelukis pelan dll)
ii) Kos submit pelan kepada Majlis.
iii) Kos sambungan air dan letrik.

5. Bajet yang selalu tertinggal.
i) Kos pagar (RM100 per ft run)
ii) Kos pembetung (culvert)
iii) Kos piling jika perlu
iv) Kos treatment anai-anai.
v) Kos tanaman rumput dan lanskap.
vi) Kos built-in cabinet terutama cabinet dapor, langsir, aircon dan furniture (10% dari bajet).
vii) Kos fittings (kepala paip, grills, kipas, sinki, tandas, kunci, dll).
viii) Kos lampu dalaman dan kawasan.
ix) Kos perparitan.
x) Bangsal kereta dan premix apron ke jalan raya.  

6. Pemilihan Akitek.

Ramai menjadi ‘cheapskate’ kerana ingin potong bajet dengan tidak melantik akitek dan jurutera merekabentuk rumah idaman. Akhirnya rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Percayalah, bahawa anda tidak rugi melantik akitek dan jurutera kerana mereka terlatih dalam rekabentuk rumah mengikut kepuasan pelanggan.

Jika anda membina rumah simple berbentuk empat segi, cukup dengan mengambil khidmat pelukis pelan.

7. Kos Juruperunding.

Harga boleh dirunding tetapi kebiasaan antara 3% - 8% dari harga rumah.

Anggaran kos pelukis pelan antara RM3,000 – RM6,000 bergantung pada kepandaian anda menawar.

8. Pemilihan Kontrektor.

Ini bab paling rumit kerana terdapat berbagai kontrektor yang mengaku berpengalaman membina rumah.

Kebiasaan saya nasihatkan rakan-rakan untuk memilih kontrektor yang sedang membina rumah berdekatan dengan cadangan rumah anda.

Teliti kualiti pembinaan yang dilaksanakan dan bertanya pada tuan rumah tentang keikhlasan kontrektor tersebut.

Ada kontrektor memberi khidmat ‘All in One’, dari melukis pelan, submission Majlis, pembinaan, permohonan utiliti sehingga siap.

Satu lagi cara ialah mendapat kontrektor dari rekomen rakan-rakan yang pernah berurusan dengan beliau. Jangan pilih kontrektor yang advertise atas pokok.

9. Surat perjanjian dengan kontrektor.

Semua terma yang dipersetujui mesti ditulis dalam satu surat perjanjian lengkap dengan saksi.

Paling penting ialah terma pembayaran mengikut schedule progress kerja.

Ini hanya contoh mudah:

i) Siap pembersihan tapak – RM2000
ii) Siap piling/foundation – RM3000
iii) Siap ground beam – Rm3000
iv) Siap column – RM3000
v) Siap roof beam – RM3000
vi) Siap trusses dan roofing – RM10000
vii) Siap brickworks – RM5000
viii) Siap kerja pipe dan wiring – RM5000
ix) Siap plastering – RM3000
x) Siap flooring – RM3000
xi) Siap tiling – RM5000
xii) Siap kerja cat – RM3000
xiii) Siap kerja tingkap dan pasang pintu – RM10000
xiv) Siap kerja fittings – RM3000
xv) Siap kerja pagar – RM15000
xvi) Siap tangki najis – RM3000
xvii) Siap pembersihan, testing and commissioning dan handover – Final payment.
xviii) Pegang bayaran akhir RM1000 (minima) selama 6 - 12 bulan untuk pembaikan kerosakan oleh kontrektor (defect liability period) - ini perlu persetujuan kontrektor.

Kebiasaan akan ada perbalahan antara tuan rumah dan kontrektor jika schedule payment tidak dipersetujui dahulu.

Jika projek Kerajaan ada bond atau bank garanti yang ditinggalkan sehingga defect liability period, tetapi untuk projek kecil membina banglo tiada kontrektor akan bersetuju final payment mereka yang banyak dipegang selama setahun. Saya rekomen simpan Rm1000 (minima) sebagai bond.

Walaubagaimana pun anda boleh berbincang dengan kontrektor berkenaan kerja-kerja defect selepas handover. Kebiasaan mereka sangat liat untuk membuat kerja defect, dan anda boleh menolak duit bond dengan mengupah orang lain.

10. Beberapa tip pembinaan.

i) Jika anda mempunyai banyak masa terluang, anda boleh upah kontrektor untuk membina rumah anda tetapi semua barangan binaan anda beli dan hantar sendiri.

Sekurang-kurangnya anda boleh jimat 10-20% dari bajet asal, tetapi cara ini memeningkan kepala. Saya pernah membina rumah kampong cara ini dan ianya sangat memenatkan.

ii) Siapkan rangkaian pipe pvc yang sudah ditebuk ditanam keliling foundation tiang agar kimia anti anai-anai boleh dipam selepas rumah siap.

Anda perlu sembur kimia anti anai-anai di dalam kawasan foundation atas batu hardcore sebelum kerja flooring. Kerja ini selalu tertinggal walhal kimia anti anai-anak sangat murah.

iii) Pastikan rekabentuk rumah ada free air flow untuk natural ventilation dan cukup shading dari matahari. Pasang solar heater dan pam air jika ada bajet semasa pembinaan.

iv) Pastikan bilik utama terima sinaran matahari pagi bukan sinaran petang.

v) Ketinggian ‘floor to ceiling’ minima 10 kaki.

vi) Lebihkan plug point letrik di setiap bilik dan ruang.

vii) Jika ada bajet, tanam kabel CCTV dan alarm rumah dalam plastering dinding.

viii) Pastikan semua wiring letrik disimpan dalam conduit PVC atas siling.

ix) Jika ada bajet, mohon 3 phase supply dari TNB. Jika ada 3 phase tiada masalah jika ingin memasang banyak air con nanti.

x) Siapkan semua saluran dan plug point air-con di dinding untuk elakkan penebukan di lain-hari.

xi) Pastikan tangki air rumah minimum 400 gelen atau lebih. Clay tiles lebih baik dari concrete tiles untuk hindar panas matahari. Metaldecking roof perlu ada penebat haba.

xii) Pastikan Kontrektor faham bancuhan konkrit 1:2:4 gred 20 (1 simen, dua pasir dan 4 batu kerikil). Lebih baik penggunaan konkrit gred 30.

xiii) Lebih baik guna besi bunga dari besi biasa.

xiv) Guna batu bata merah dari batu bata simen kerana lebih cooling. Guna tiles kecil homogeneous di lantai dapur dan tandas agar tidak licin.

xv) Jangan lupa pasang lintol beam dan stiffener column setiap 12’x12’ dinding. Jangan lupa pasang drain floor trap di dapur untuk memudahkan pembersihan.

xvi) Guna cat weather shield acrylic paint untuk dinding luaran. Border tiles guna simen biasa dan jangan simen putih kerana lambat laun warnanya akan berbelak.

xvii) Buat ponding test dan flow test di setiap toilet sebelum tiling agar air tidak bertakung. Buat pressure test untuk paip air dalaman sebelum plaster dinding agar tidak bocor.

11. Contoh kiraan bajet.

Luas tanah = 50’ x 80’
Cadangan rumah = 30’ x 50’ (1500kps)
Kos rumah =  1500kps x Rm180 = RM270k.
Harga Pagar = RM100 x 260’ = RM26k
Kos perabut & fittings 10% x RM270k=RM27k
Fees Akitek/Engineer & Majlis =
8% x RM270k = RM21.6k

Anggaran kasar, lebih kurang RM350,000

12. Beberapa faktor apabila rancang rumah untuk orang bersara.

Apabila merancang rumah setelah bersara ramai lupa bahawa usia mereka semakin meningkat.

Misalnya master bedroom yang biasanya di tingkat atas sudah tidak bersesuaian lagi.

Saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana faktor umor.

• bina master bedroom di ground floor.
• pastikan tandas cukup luas untuk mandian mayat.
• guna tiles anti-skid/anti-slip.
• tiles warna cerah lebih baik dari tiles warna gelap.
• pasang pemegang besi (handrail) dalam tandas jika perlu.
• guna pemulas pintu bukan tombol
• siapkan pasang wiring CCTV, alarm sekuriti dan alarm api dan letak console di master bedroom.
• Dapur biar dekat dengan master bedroom agar tak perlu bergerak jauh.
• guna pipe fittings dan aksesori jenama baik seperti DOE dalam tandas agar tidak mudah rosak.
• cari toilet dan sinki jenama baik kerana tak mudah rosak seperti Johnson Suisse.
• jangan cari toilet jenama pelik kerana susah cari alat ganti seperti cistern.
• saya hanya percaya kipas siling National atau KDK.
• Schneider Electric dan MK untuk suis dan socket electric.
• pakai lampu LED dan bulb LED jenama Osram atau Phillips adalah terbaik.
• jangan banyak floor recess kerana menyusahkan pergerakan wheelchair.
• pasang spotlight di 4 bucu dinding luar dan switch di master bedroom.
• saiz master bedroom yang bersesuaian ialah 14 kaki x 16 kaki.
• elakkan tangga untuk masuk rumah kalau boleh.
• hati-hati penipuan kontrektor bila pasang pagar BRC hot deep galvanised anti climb fence. Harga anti climb dua kali ganda dari pagar biasa.
• guna lampu solar untuk kawasan untuk penjimatan.
• seboleh mungkin pasang auto gate tanpa rail kerana ianya perlu penyelenggaraan tinggi.
• pada pendapat saya CCTV yang disambung internet sangat penting kerana anak-anak boleh monitor ibu-bapa secara remote.
• minima 15 plug points di dapur dan jangan lupa pasang exhaust fan dan kitchen hood.
• rancang rumah untuk automation sebagai smart home.  
• rumah bentuk squarish lebih murah dan mudah selenggara dari rumah berkelok-kelok.

Wallahua’lam.

Dipersilakan share. Saya mohon doakan saya dan keluarga selamat dan mendapat kebaikan dunia akhirat.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar

Sambungan - Kelaziman penipuan kontrektor dalam pembinaan rumah - part 2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:53 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:21 AM
zura keluar kul 12.40.
nasib baik jln tak jam.
agaknya warga SA ramai yg pegi bercuti.




dah cuti panjang
rmaai yg ambil peluang bercuti keluar atau balik kampung
itu yg jalan tak jem
dapat parking senang tu ok lah...


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 10:54 AM | Show all posts
mattzzx replied at 6-6-2022 10:43 AM
sama sama zura
matt pun tak tahu kenapa tag tak biru?

ntahlah porum ni . kejap ok kejap tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2022 10:55 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:24 AM
untunglah matt dpt parking free.

sb tu zura klu nk keluar area bank sana pegi lps zohor ke ata ...




sebab opis matt tu bangunan yg ada parking disekitarnya
parking itu tidak termasuk dlm kawasan Pbt

ooo lepas zohor Mpsj dah tak keluar saman lagi?
mereka aktif sebelah pagi saje?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2022 10:56 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 6-6-2022 02:25 AM
klu tak insaf mmg sampai mati lah bwk perangai mcm tu

nak buat macamana kan
kita tengok saje lah perangai mereka tu, kita tak boleh buat apa apa...


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 10:57 AM | Show all posts
mattzzx replied at 6-6-2022 10:44 AM
sama sama zura
kita saling tolong menolong...

ya matt.. matt tak cuti eh  
dpt triple ke keje arini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 10:58 AM | Show all posts
mattzzx replied at 6-6-2022 10:45 AM
oooo yekee?
maafkan matt
mungkin matt tak perasan apa yg matt tepek tu...

takde apa. saja je la bgtau...
mcm tak kena je quote yg matt tepek kt rumah lama tu
jgn amik hati pula...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.626646 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list