View: 974|Reply: 5
|
[Tempatan]
Hisap ganja, tidak seindah kata
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Penyalahgunaan ganja mampu memberi pelbagai kesan mudarat terhadap diri penagih.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata, antara kesan jangka pendek pengambilan ganja adalah tidak dapat memberi tumpuan, pening, imbangan dan koordinasi rendah, reaksi yang perlahan, menjejaskan pemikiran serta memori terganggu.
“Manakala kesan jangka panjang penggunaan ganja adalah resah, kemurungan, bingung, paranoia (perasaan takut dan curiga yang tidak rasional),” katanya kepada Sinar Harian.
AADK berkata, penggunaan ganja secara berterusan turut memberi kesan yang lebih serius terhadap sel otak.
“Kesan ini menyebabkan program rawatan dan pemulihan memerlukan perancangan dan pendekatan lebih spesifik serta masa yang lebih panjang,” jelasnya.
Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Kebangsaan Penagihan Dadah Amerika Syarikat (NIDA) menunjukkan penggunaan ganja boleh menyebabkan gangguan terhadap ingatan jangka pendek dan pertimbangan, mengganggu persepsi serta menjejaskan prestasi akademik.
“Penggunaan berterusan akan menyebabkan kesan jangka masa panjang terhadap pembangunan otak.
“Penggunaan ganja juga boleh menyebabkan ketagihan. Penggunaan di usia remaja akan menjadi faktor yang tinggi untuk seseorang meneruskan tabiat penagihan di masa akan datang,” tegasnya.
AADK berkata, pengguna tegar ganja adalah mereka yang menggunakan bahan tersebut dan menyebabkan ketagihan serta kebergantungan ke atas penggunaannya.
“Pengguna ini menunjukkan bahawa mereka menggunakan ganja setiap minggu atau setiap hari dan meningkatkan penggunaan mereka dalam tempoh setahun.
“Pengguna ganja dalam jangka masa yang lama dan mengakibatkan kebergantungan perlu mendapatkan rawatan dan pemulihan di atas ketagihan,” tambahnya.
Jelasnya, pengguna tegar ganja juga akan mendapat kesan kesihatan mental.
“Beberapa kajian menunjukkan pengguna ganja tegar mempunyai tahap dopamine yang rendah iaitu bahan kimia yang berada di dalam otak yang bertanggungjawab mengawal motivasi di tahap yang rendah,” ujarnya.
AADK berkata, berdasarkan statistik menunjukkan penurunan jumlah penyalahgunaan dan penagih ganja dalam kalangan remaja serta pelajar iaitu sebanyak 16.3 peratus sejak tahun 2020 hingga 2021.
“Seramai 129 individu berusia 13 hingga 18 tahun dilaporkan menagih ganja pada tahun 2020, namun statistik itu menurun pada tahun lalu iaitu seramai 108 remaja.
“Statistik penyalahgunaan dan penagih dadah ganja pada 2020 adalah seramai 3,396 orang, namun jumlah itu juga mencatatkan penurunan pada tahun lalu iaitu seramai 3,179 orang,” jelasnya.
Terdahulu, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah untuk kegunaan sebagai bahan makanan atau minuman selain dihisap di rumah sendiri.
Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan membenarkan penanaman ganja secara sah di negara itu menimbulkan kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan ketagihan dadah.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -beri-kesan-mudarat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
bani tenang mesti marah baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
AADK tengah gelabah tek ka berzaman memburuk2kan ganja alih2 Thailand kasi halal
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ah_Kwan at 8-7-2022 10:40 AM
keh keh keh
tiber..all about ganja pun keluar...
bersungguh sungguh mempertahankan pendirian mereka...
dalam kitab tajul muluk...perubatan melayu pun dah cerita kegunaan ganja ni...
salah ambil dos, maka jadilah ia buruk..
betul dosnya..maka jadilah ia ubat...
cuba lah makan panadol setengah botol, tengok lu jadi apa..
ubat batuk pun di salah guna...jadi lalok bila minum sampai sebotol..
ubat tidoq pun boleh membunuh jika overdosnya....
ganja? kalau campur sana campur sini, salah guna maka jadilah kerosakan...
di acheh, setiap rumah memang ada bekas daun ganja ..jadi macam sireh untuk tetamu pun...
aman aman sahaja di sana....kena hudud lagi....
so, apa yang AADK takutkan sebenarnya? buka paper la kalau berani...
penggunaan ganja di siam, di acheh , di amarika...
ni tak...kejanya meneceritakan keburukan jika disalah guna...coi
and jangan tipu lah....wa tak pernah hisap itu ganja,
tapi wa dikelilingi dari remaja dengan mereka yang dok hisap itu barang..
dan tak pernah wa dengar mereka ketagih itu ganja...
ada...mreka layan..takde mereka relax....tak pun huru hara kena carik itu barang juga...
coi betul cerita nak menipu pun..
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
BENDA boleh cuba..cuba la....'belum cuba..belum tau'(80-an sgt). |
|
|
|
|
|
|
| |
|